|
Seorang wanita kini dihantui perasaan takut dan malu apabila gambar separuh bogelnya disebarkan bekas teman lelaki di laman sosial sejak hubungan mereka putus April lalu. Demi cinta sejati, penjawat awam berusia 30-an itu memberikan telefon bimbitnya kepada pasangannya.
Malangnya, apabila hubungan mereka putus, lelaki terbabit enggan memulangkannya, sebaliknya melayari akaun Twitter, Facebook dan WhatsApp wanita itu menggunakan telefon bimbit berkenaan. Memetik Harian Metro, perkara itu diadukan mangsa kepada Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff. Dakwanya, lelaki itu mengaibkannya dengan menyebarkan gambar separuh bogelnya dalam simpanan telefon bimbit berkenaan kepada rakan-rakan menerusi WhatsApp, Twitter dan Facebook. “Saya difahamkan mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana mengaibkan dirinya dan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.
“Berikutan itu CAKE akan berusaha untuk memanjangkan kes ini dan akan cuba meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat semua rangkaian laman sosial supaya gambar berkenaan tidak tersebar,” katanya. Difahamkan, mangsa sudah menyekat talian telefon bimbit berkenaan. - CARI
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.387266 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.