"2018, tahun paling mencabar bagi kita. Diuji dengan masalah kesihatan, perniagaan jatuh dan cinta berderai." Penyanyi Fynn Jamal yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai hukum agama berkongsi luahan hatinya mengenai cabaran menjaga suami menghidap skizofrenia.
Malah, dia akui hilang punca apabila suaminya, Hazrilfitri Hadzir disahkan menghidap skizofrenia pada tahun itu. Menurut Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 36, ia satu cabaran berat memandangkan dia yang terbiasa dimanjakan suami terpaksa menguruskan keluarga bersendirian. "Bila suami tercinta diduga dengan kesihatan, aku jadi hilang punca. "Aku isteri yang terlalu dimanja, tak reti buat apa-apa sebab semua dia lakukan," tulisnya di Instagram.
Luah Fynn, dia mampu menghadapinya kerana melihat bagaimana bapana menyantuni arwah ibu yang terlantar kerana kanser. Dia berazam untuk melakukan yang sama untuk suaminya sebagai bukti cintanya. Fynn tidak menafikan, perasaan ragu-ragu pernah terdetik di hatinya sama ada dia sanggup bertahan atau tidak. Bukan tidak sanggup menjaga atau perasaan setia memudar, sebaliknya Fynn bimbangkan keselamatan diri dan anak. Katanya, dia banyak diberi petunjuk daripada Allah supaya bertahan dan kesabarannya dibayar tunai apabila kesihatan suaminya semakin pulih. Hebat juga dugaan hidupnya. Semoga kesihatan suami Fynn semakin baik. - CARI
|
manehnya replied at 21-6-2019 03:45 PM
apa pekerjaan laki dia actually?
serinegara replied at 21-6-2019 08:04 AM
Kenapa si spin ni kata “tak reti buat apa-apa sebab semua dia (the hubby) lakukan”?
I thought m ...
serinegara replied at 21-6-2019 04:04 PM
Kenapa si spin ni kata “tak reti buat apa-apa sebab semua dia (the hubby) lakukan”?
I thought m ...
ADVERTISEMENT