|
Amboi! Bergaya habis dan tunjuk lagak dengan kereta sewa rupanya. Begitulah antara reaksi warganet apabila seorang lelaki didapati menunjukkan kehebatannya melakukan aksi drift menggunakan sebuah kereta Myvi.
Video dia membawa kereta berkenaan menjadi tular di laman sosial sekaligus mengundang kecaman ramai pihak. Ini kerana lelaki itu didakwa menggunakan kereta sewa bagi menunjukkan aksi ala filem itu. Bagaimana pula jika ia membawa kerosakan pada kenderaaan berkenaan nanti? Itu antara yang diperkatakan oleh warganet. Membawa kereta tersebut secara berpusing dengan menghasilkan bunyi yang kuat, video berdurasi 0.27 saat itu turut memaparkan bagaimana aksi drift tersebut menyebabkan asap yang tebal pada tayar.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pelajar yang menuntut di universiti di Lembah Klang. Warganet turut berharap video itu dapat dibawa ke pengetahuan pemilik sebenar kenderaan tersebut. - CARI |
nk tnjuk lagak kt member2. Xde duit guna reta sndiri, habis dijahanamkn reta org, dasarrr
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095725 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.