CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bir Tanpa Alkohol Dikatakan Halal, Mudah Sangat Buat Kesimpulan!

24-6-2019 10:30 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8003| Komen: 23|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook


Masih ada segelintir pihak di negara ini yang keliru dengan konsep halal sehingga menyebabkan mereka tersalah tafsir bir tanpa alkohol sebagai minuman halal.

Perkara itu dapat dilihat pada reaksi laman Facebook Malaysian Chinese News pada 21 Jun terhadap laporan The Star Online tentang produk Heineken 0.0 yang tidak mengandungi alkohol.

Seorang pengamal media tempatan, Mohd Hazli Hassan bimbang kesimpulan yang dibuat oleh Malaysian Chinese News itu boleh mengelirukan pengguna terutama dalam kalangan Muslim.

Dalam status yang disiarkan melalui laman Facebook miliknya pada 21 Jun, beliau mempersoalkan sama ada segala syarat yang melayakkan minuman malta itu dilabelkan sebagai halal telah dipenuhi.

Mohd Hazli turut berkongsi pengalamannya membuat liputan tentang pengeluaran minuman malta halal di sebuah kilang di Australia.



Kredit foto: Facebook

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat teguran terhadap pengendali laman Facebook Malaysian Chinese News kerana didakwa telah menyamakan bir tanpa alkohol dengan minuman halal.

Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard Malaysia MS1500:2009, produk yang menggunakan nama sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bakon dan bir tidak layak memohon sijil halal Malaysia.


Adakah bir tanpa alkohol dikategorikan sebagai halal? Kredit foto: Halvec

Memang wajar teguran itu dibuat bagi menjaga sensitiviti umat Islam yang diwajibkan mengambil makanan dan minuman yang halal lagi suci sahaja.

Malah, Heineken sendiri langsung tidak mengaitkan produk minuman malta tanpa alkohol itu dengan status halal. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 24-6-2019 10:33 AM
Hadap benau nak minum Heineken..
Quote CikB 24-6-2019 10:44 AM
mcm xde minuman lain
Quote Melorqe 24-6-2019 10:46 AM
tak payah nak sebok keluarkan beer halal la wei.
ko nak teguk no teguk la.
yg muslim tu pun nak tegok lantak korang la
benda basic dah tau haram pun korang nak telan juga. bodo.
Quote CardiGans85 24-6-2019 12:54 PM
Byk la lg minuman halal we..
Quote Asdan 24-6-2019 12:58 PM

halal jika tak memabukkan, kenapa pula tak halal ?

benda mudah jangan susahkan supaya nampak hebat
Quote Reyes187 24-6-2019 01:12 PM
0% alcohol, halal lah.. nak minta cert halal malaysia yg x lepas sbb byk syarat. Sama lah mcm nikah siam.. halal dan sah lah.. tp kalo x register dgn malaysia, ada yg sampai disuruh nikah semula.. hukum asal adalah halal.. jgn salah fhm dgn undang2 malaysia..
Quote fushimi 24-6-2019 01:33 PM
bodo beer muroh pun minum
Quote EmaAsmadi 24-6-2019 02:57 PM
Malaysia baru
Quote dua_chzy 24-6-2019 03:03 PM
buragazz replied at 24-6-2019 10:33 AM
Hadap benau nak minum Heineken..

Takyah minum. Masak stew dengan daging lombu letak blackpepper bagai. Sodap.
Quote judicata 24-6-2019 03:15 PM
Reyes187 replied at 24-6-2019 01:12 PM
0% alcohol, halal lah.. nak minta cert halal malaysia yg x lepas sbb byk syarat. Sama lah mcm nikah  ...

exactly!!!!



dorang ni suka beno la menyusahkan benda yang senang. konon semua kena halal by JAKIM so baru la betul2 halal. sama la dgn konsep kawen... kawen kat seberang pon halal di sisi Islam cuma tak sah di Malaysia. dah takde alkohol yang memabukkan so? macam minum minuman carbonated biasa la kan?
Quote bellaa 24-6-2019 03:15 PM
Barbican kan ada? 100% halal toyiban.

pak ereb suka la
Quote chinta89 24-6-2019 03:59 PM
bellaa replied at 24-6-2019 03:15 PM
Barbican kan ada? 100% halal toyiban.

pak ereb suka la

barbican delima sedapppp
Quote Chairman 24-6-2019 04:42 PM
kalo ade ummah mulayu yg gigih nk cari alcohol free heineken ni mmg badigol...xde bende lain dh nak diminum??
Quote bellaa 24-6-2019 05:18 PM

takeabeerrrrr!!!! sis
Quote ffbeauties 25-6-2019 01:03 AM
Asdan: halal jika tak memabukkan, kenapa pula tak halal ? benda mudah jangan susahkan supaya nampak hebat


Kalau ko cerdik, g apply jawatan mufti. Boleh keluar banyak fatwa agama.
Tu pon kalau cerdik la
Quote jazaa100 25-6-2019 09:30 AM
Melorqe replied at 24-6-2019 10:46 AM
tak payah nak sebok keluarkan beer halal la wei.
ko nak teguk no teguk la.
yg muslim tu pun nak te ...

Tujuanny bkn sbb bisnes sgt...tapi nk kelirukn org islam
Quote Asdan 26-6-2019 01:38 PM
ffbeauties replied at 25-6-2019 01:03 AM
Kalau ko cerdik, g apply jawatan mufti. Boleh keluar banyak fatwa agama.
Tu pon kalau cerdik la ...

sendiri boleh fikir, kita tentukan sendiri apa yg baik & buruk, bukan orang lain tentukan
Quote Ina8895 10-7-2019 02:02 AM
Cakap ikut suka dia je
Quote LadyCarefree 11-7-2019 07:53 AM
jazaa100 replied at 25-6-2019 09:30 AM
Tujuanny bkn sbb bisnes sgt...tapi nk kelirukn org islam

Skit skit tuduh mcam ni. Apekah orng melayu islam mudah sngat nk dikelirukan?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048162 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top