CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ada Lelaki Yang Kecewa Bila 'Separuh Kekacakan Nabi Yusof' Dapat Pada Pasangan Ini

24-6-2019 12:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 28786| Komen: 240|Original author: Oleh: Shimmer Shine


Kredit foto:



Biasanya perempuan cantik dicemburui oleh ramai wanita kerana ketrampilannya yang mengagumkan. Berbeza dengan lelaki yang tidak ambil kisah dengan persaingan lelaki lain. Namun, status ini agak melucukan apabila ada lelaki yang berasa kurang yakin diri disebabkan tidak kacak.

Lebih menarik kerana Randi Rahman yang masih solo ini, mengibaratkan separuh dari kekacakan Nabi Yusuf yang sepatutnya menjadi milik seluruh umat manusia tiba-tiba 'terlebih' pada lelaki tersebut. Rasa tidak adil sebab orang sepertinya tidak dapat kelebihan tersebut. Tweet ini mendapat banyak sokongan daripada lelaki-lelaki lain.


Kredit foto: Twitter

Bagi Randi, dengan pakej lengkap dimiliki oleh lelaki tersebut seperti muka kacak, kulit putih dan bersih, tinggi serta kurus membuatkan dirinya terasa rendah diri. Oleh sebab itu dia turut mahu membeli baju belang-belang supaya sekurang-kurangnya boleh nampak segak seperti teman lelaki Ayra ini.

Kredit foto: Twitter

Dalam nada lawak, warganet turut menyambung 'rintihan' tersebut dengan menyatakan, padanlah mereka tidak dipandang kerana hampir separuh dari kekacakan di dunia ini terpaksa berbahagi dengan pemuda tersebut. Lebih malang ada yang berkata mereka tidak dapat langsung aura hensem hingga sampai sekarang mereka masih membujang.


Kredit foto: Twitter

Sementara itu, bagi wanita, mereka memberi komen bahawa tidak kisahkan penampilan lelaki yang menjadi teman mereka kerana apa yang penting adalah hati. Apatah lagi lelaki kacak biasanya tidak pandai membuat lawak sepertimana lelaki berpenampilan biasa-biasa ini.

Manakala ada juga yang menyatakan bahawa ia bergantung pada genetik individu. Jadi, adalah tidak adil membandingkan rupa semata-mata. Selain itu, setiap individu juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, janganlah berasa rendah diri hanya kerana dilahirkan dalam keluarga yang tidak mempunyai darah kacukan yang sememangnya diketahui cantik dan kacak ini.


Kredit foto: Twitter
Sememangnya cantik dan kacak adalah pandangan dan citarasa individu itu sendiri. Jika kita merasa mereka mempunyai kelebihan tersebut, akan ada orang yang nampak sebaliknya kerana cantik itu sendiri adalah perkara subjektif. Muka putih dan jambu mungkin kacak bagi sesetengah individu namun ada juga yang menganggap ianya terlalu feminin sebaliknya lebih menyukai penampilan lebih maskulin seperti berjambang dan sebagainya. Jadi, kalau anda masih bujang, rasa yakin atau rendah diri tak bila melihat pasangan ini? - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elaisyah 24-6-2019 12:10 PM
Edited by elaisyah at 7-5-2023 10:08 PM

----------------------------
Quote dua_chzy 24-6-2019 12:16 PM
Kacak ka pretty boy sebegini?
Quote Malaysia.Doom 24-6-2019 12:19 PM
Jelita macam ni Nabi Yusuf....bukan Siti Mariam ke?
Quote AbukRokok 24-6-2019 12:20 PM
sbb tu sultan kelantan kahwin kokosen...dpt anak cantik2 nti
nak anak cantik kawin la dgn bangsa lain
Quote ifanonline 24-6-2019 12:20 PM
rendi ni gay ke?
Quote lkick2113 24-6-2019 12:22 PM
dua_chzy replied at 24-6-2019 12:16 PM
Kacak ka pretty boy sebegini?

Dia subjektif cikgu. Ada pompuan suka yg manly punya type ada janggut misai bagai, ada yg suka pretty boy jambu macam ni ada lelaki yg suka jambu camni utk jadi rakan semburitan...mana tau
Quote cikatilia 24-6-2019 12:24 PM
mcm melentik aje jantan tu
x koser
hensem lagi beto kusyairi
Quote pokaibanktokyo 24-6-2019 12:24 PM
Bodoh. Ini bukan isu semasa

@Cari-Azza
Quote Kurex 24-6-2019 12:31 PM
Helooooo separuh kekacakkan Nabi Yusuf a.s pun tak sampai ok..
Dikatakan andai dikumpul semua manusia dalam dunia ni, hanya separuh je dari kecantikkan Nabi Yusuf a.s. Tapi tak mampu lawan kecantikkan Nabi Muhammad SAW.
Quote dua_chzy 24-6-2019 12:34 PM
lkick2113 replied at 24-6-2019 12:22 PM
Dia subjektif cikgu. Ada pompuan suka yg manly punya type ada janggut misai bagai, ada yg suka pre ...

Akak suka muka, badan, nampak rough manly maskulin gitoh. Muka pretty boy ni ala2 bebudak form 5 akak jah akak rasa. Lagipon bila tengok gamba pakai baju belang2 tu, so Borneo akak lehat. Tak turn on lansung akak.
Quote kaoru44 24-6-2019 12:35 PM
ifanonline replied at 24-6-2019 12:20 PM
rendi ni gay ke?

Minat je kot...itu yg llaki tu pakai bj belang2..dia nk jgk
Quote dua_chzy 24-6-2019 12:36 PM
Kurex replied at 24-6-2019 12:31 PM
Helooooo separuh kekacakkan Nabi Yusuf a.s pun tak sampai ok..
Dikatakan andai dikumpul semua manus ...

Nabi Muhammad lelaki cantik ka? Dalam imaginasi akak, muka nabi muka orang gasar gitu, yang rough, tough, and not to be messed with saperti Denzel Washington dalam pilim Book of Eli gitoh.
Quote kaoru44 24-6-2019 12:37 PM
dua_chzy replied at 24-6-2019 12:34 PM
Akak suka muka, badan, nampak rough manly maskulin gitoh. Muka pretty boy ni ala2 bebudak form 5 a ...

Taste lelain kak..haha
Tp bila tgok dr byk angle..biasa2 je bdknya..
Mmg btul nmpk mcm bdk form 5..
Quote Malaysia.Doom 24-6-2019 12:40 PM
AbukRokok replied at 24-6-2019 12:20 PM
sbb tu sultan kelantan kahwin kokosen...dpt anak cantik2 nti
nak anak cantik kawin la dgn bangsa la ...

Kahwin Melayu dapat budak bodoh Wei bodoh Wei bodoh macam Kat family Mart tu buat APA.
Quote NadaDeafah 24-6-2019 12:40 PM
aku x berkenan sgt muka mcm ni..
Quote Boomibulat 24-6-2019 12:43 PM
dua_chzy replied at 24-6-2019 12:16 PM
Kacak ka pretty boy sebegini?

Skrg mmg trend muka kpop jd kegilaan sis
Quote RatuDunia94 24-6-2019 12:44 PM
dua_chzy replied at 24-6-2019 12:36 PM
Nabi Muhammad lelaki cantik ka? Dalam imaginasi akak, muka nabi muka orang gasar gitu, yang rough, ...

Bukan Nabi keturunan Arab ke? So muka nabi muka2 org arab la kan..
Quote armin 24-6-2019 12:44 PM
Taste iols ni. Kacaknya.
Quote RatuDunia94 24-6-2019 12:44 PM
Kalau nk anak2 cantik.. kahwin lah dgn kokesen.. nescaya anak2 keluar tip top..

Lihat semua komen(240)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062469 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top