Pasti semuanya sudah melihat gambar terkini Aliff Aziz yang kelihatan tidak terurus dan menyedihkan. Ramai yang beranggapan keadaannya selebriti itu menjadi tak tentu arah disebabkan oleh kes penceraiannya dengan Bella Astillah.
Setelah tersebarnya gambar-gambar itu, ramai yang turut mengasak Bella bagi mendapatkan kepastian tentang hal tersebut. Bella menerusi Instagramnya memberitahu bahawa dia sibuk kerana baru pulang bercuti bersama keluarga dan anaknya, Ayden lantas tidak dapat memberi respons kepada pihak media dan orang ramai yang mencarinya. Bella menjelaskan bahawa dia sendiri telah menghubungi Aliff untuk mengetahui cerita yang sebenar. Aliff menjelaskan bahawa video yang tersebar itu adalah hanya satu muslihat untuk mengenakannya oleh seseorang yang baru dikenalinya. Bella menambah bahawa dia ada berjumpa dengan Aliff sebelum berlepas ke Australia bagi memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersama Ayden. Selain itu, Bella merasa sedih apabila ramai yang bersorak gembira apabila melihat Aliff dalam kesempitan. Berkenaan dengan tatu 'Bella' yang terpampang di dada Alif, wanita genit ini menjelaskan bahawa ia hanyalah tatu Henna yang telah dilakukan pada tahun 2016. Dia juga mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja kepada beks suaminya itu. Berikutan dengan posting Bella ini, Aliff Aziz turut meninggalkan komen terima kasih kepadanya. |
wanokakaka replied at 24-6-2019 11:21 AM
tula la alif dah dpt bini mcm bella ko buat perangai
CiliPadiSedap replied at 24-6-2019 11:30 AM
Nak buat juga tatoo inai kt kopek sis vokuru
sukacactus replied at 24-6-2019 12:16 PM
Baik2 Bella, kesian je tau, jgn jatuh kasih plak lg
Boomibulat replied at 24-6-2019 12:21 PM
Bg je la last chance.mana tau alif dh btl2 insof lps cerai ni.
sukacactus replied at 24-6-2019 12:24 PM
Selama ni pun ntah berapa byk chance dah kasi
Tp terserah Bella la, buruk baik dia yg hadap nnt
ADVERTISEMENT