CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Bakal Terbang Ke Monaco Lepas Tercalon Dalam Anugerah Dipengerusikan Keluarga Diraja

24-6-2019 11:19 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 34916| Komen: 262|Original author: Oleh: LilRose

Wah, semakin mendunia Neelofa! Selepas satu demi satu kejayaan dikecapinya.


Kredit foto: IG Neelofa


Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya itu dikhabarkan bakal terbang ke Monaco selepas tercalon dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Disember.

Bintang popular kelahiran Kelantan yang dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur itu mengakui tidak menyangka tuah memihak padanya.

"Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.

"Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya.


"Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang," katanya menerusi satu kenyataan media seperti dipetik daripada Gempak.


Kredit foto: IG Neelofa

Difahamkan, anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet iaitu anak sulung Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Anugerah ini dianjurkan pertama kali pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza dan antara yang dinobatkan pemenang termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Menang atau tidak, belakang kira. yang penting nama Neelofa sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pencalonannya itu. Tahniah, Lofa! - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizZue 24-6-2019 11:34 AM
Alhamdulillah...semoga dipermudahkan buat neelofa.
Quote CrowneGlory 24-6-2019 11:41 AM
kesian haters...dah puah pitnah sana sini, benci sana sini hujung2 sedebik lopa bg balik...yg korg dgn dgn idolat2 korg jugak...nan adoooo
Quote aemon 24-6-2019 12:17 PM
tahniah jahbubis
Quote virgo19 24-6-2019 12:35 PM
Wow congrats!
Quote nefnefnef 24-6-2019 12:47 PM
Congrats, lofa. Makin mendonia jahlop ya
Quote RatuDunia94 24-6-2019 12:48 PM
Agak2 kalau Anugerah ni dianjurkan Kerabat Diraja Suriname.. nak x sheols pergi..
Quote 150997 24-6-2019 01:10 PM

makin morah rezeki  jahlop
seperti ayer yg mengaler x henti2
Quote abadi84 24-6-2019 01:11 PM
Tahniah lofa. Tp boleh tak jgn pakai turban gi sana?.chuols pakai bawal mcm bdk sekolah tau. Pakai turban rupa nenek2 dah
Quote MatDeghem 24-6-2019 01:14 PM
RatuDunia94 replied at 24-6-2019 12:48 PM
Agak2 kalau Anugerah ni dianjurkan Kerabat Diraja Suriname.. nak x sheols pergi..


Influencer Award .... category entreprenuer. Jual tudung

Asal boleh collect award selagi boleh .....



influencer awards 2.jpg



London punya award hajjah tak collect kah??

influencer awards 3.jpg





Quote Fazuratah 24-6-2019 01:16 PM
dia yg calonkan diri sndiri tp tepilih utk shorlisted
Quote ahnjaehyun 24-6-2019 01:20 PM
  abih tu u nak cari keje u hantar resume  , ke dok mengangkang depan pc  tunggu keje datang cari u? kahkahkah

usaha itu salah satu tangga kejayaan  .  dok kondem orang sana sini, keje yg sia2 jo
Quote nonymous 24-6-2019 01:29 PM
congratsssss Neelofa
Quote MatDeghem 24-6-2019 01:59 PM
Harus puji juga lah usaha hajjah  nak mendunia... Walau pun harus belanja kuar duit sendiri banyak..
Dari London ke Paris ke New York ke Los Angeles... Tak gibab

Influencer pun influencer lah....yg penting viral. nama sentiasa di media.
Quote kakakOmes 24-6-2019 02:03 PM
abadi84 replied at 24-6-2019 01:11 PM
Tahniah lofa. Tp boleh tak jgn pakai turban gi sana?.chuols pakai bawal mcm bdk sekolah tau. Pakai t ...

Klu pakai bawal camne nak tunjuk anting2
Quote claudya 24-6-2019 02:14 PM
benda baik takpayah la nak sindir2. biarlah dia nak naikkan nama dia untuk kembangkan bisnes dia. dia otak bisnes kot. semua benda nak nampak buruk je tak boleh jugak
Quote nsmy 24-6-2019 02:26 PM
tahniah lopa
Quote ahnjaehyun 24-6-2019 02:32 PM
untuk retis , alangkan citer2  'dalam kain' pun gegeh dok tunjuk untuk jadikan viral, apalah sangat nak dibandingkan dengan citer2 kerjaya .kahkahkah

nak contoh ker? atau nak pic?  
Quote ikanmasin 24-6-2019 02:36 PM
nnt pakai baju yg ok2 yer lopa..
Quote sha21 24-6-2019 02:48 PM
Tahniah lofa

Lihat semua komen(262)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.244754 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top