Setiap ibu bapa pastinya nak tengok anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Tak hairanlah setiap daripada mereka sanggup bersusah payah unutk memberikan pendidikan terbaik.
Di Vietnam, gambar-gambar yang tular di media sosial ini membawa seribu satu makna dan wajar dijadikan teladan. Laporan akhbar tempatan melaporkan, ibu bapa terpaksa menghantar anak ke sekolah dengan memasukkan mereka ke dalam plastik nilon. Tujuannya untuk merentasi sebatang sungai selebar 20 meter. Bukan itu sahaja, selepas mengharungi sungai mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 15km pula sebelum sampai ke sekolah.
Ia merupakan keadaan biasa yang berlaku di Perkampuangan Huoi Hua setiap kali tibanya musim hujan. Paras air yang meningkat menyebabkan jambatan yang ada tidak mampu bertahan dan air sungai yang mengalir deras pula menghalang penggunaan rakit. Difahamkan seorang lelaki akan diupah untuk membawa anak-anak ini menyeberangi sungai. Ibu bapa hanya mampu melihat dari tepi tebing sungai sambil berdoa tentang keselamatan anak mereka. Musim hujan di sana berlaku di antara bulan Jun hingga Oktober. -CARI
|
nononcrux replied at 24-6-2019 03:50 PM
then siapa yg amik photo ni, naik bot or zoom dari jauh?
ADVERTISEMENT