Ingatkan, kes 'perosak' di Family Mart Nilai sudah selesai apabila kumpulan remaja terbabit menyerah diri di balai polis. Rupanya, ada pula yang ingin memanjangkan lagi kes itu dengan membuat parody. Jika sebelum ini ramai yang sakit hati melihat kelakuan tidak bermoral 'geng rempit' itu, terbaru ramai yang meluat sekumpulan pondan yang kononnya ingin men'troll' remaja terbabit.
Siapa yang lapar viral sangat tu? Lama mendiamkan diri, personaliti sosial media Faiz Roslan kembali dengan memuat naik video troll berkenaan. Bukannya terhibur, sebaliknya ramai yang meluat melihat kelakuan Faiz dan rakan-rakannya. Malah, ramai menggesa pihak polis agar menahan Faiz dan rakannya. Ada juga berspekulasi bahawa Faiz cuba mengembalikan popularitinya. Tidak kurang juga yang kecewa dengan 'comeback' Faiz yang dilihat terlalu menjengkelkan itu. Alahai Faiz, adakah ini salah satu inisiatifnya untuk mengubat penyakit murungnya sebelum ini? - CARI
|
Kurex replied at 24-6-2019 04:34 PM
Sebab tu aku tak suka kawan dgn plu walau aku sendiri plu
vee_zara replied at 24-6-2019 04:53 PM
Apasal i rasa terhibur ek. Hahahaha {:run
ADVERTISEMENT