Remaja maut selepas separuh tubuhnya tersangkut di dalam mesin pengisar daging di Iloilo, Filipina. Manila Bulletin melaporkan, Jomar Junco, 18, merupakan pekerja baru di sebuah kilang pembuatan sosej di Mansaya-Lapuz, daerah La Paz.
Penduduk setempat digemparkan dengan sebuah gambar mengerikan yang tular menunjukkan hanya kaki mangsa terlihat terkeluar dari mesin berkenaan. Bagaimanapun, laporan menyatakan tubuh mangsa tidak hancur, sebaliknya hanya tersangkut di dalam mesin pengisar tersebut. Ketua Polis Daerah La Paz, Mark Evan Salvo berkata, pada mulanya hanya tangan kanan Junco tersangkut di dalam mesin berkenaan sebelum tubuh mangsa ditarik sedikit demi sedikit ke dalam mesin itu. Hasil siasatan mendapati, mangsa masih baru di kilang terbabit dan tidak tahu cara mengendalikan mesin pengisar berkenaan.
Ketika kejadian, rakan sekerjanya yang lebih berpengalaman tidak berada di tempatnya. Malangnya, Junco bertindak cuba mengendalikan mesin itu sendiri. - CARI
|
EvieWanKenobi replied at 25-6-2019 03:16 PM
kalau tak tau, janganlah memandai2..
nasib baik selamat..
miszclassique replied at 25-6-2019 03:25 PM
Apa yang selamat? Selamat ke kuburan ke
miszclassique replied at 25-6-2019 03:25 PM
Apa yang selamat? Selamat ke kuburan ke
EvieWanKenobi replied at 25-6-2019 03:16 PM
kalau tak tau, janganlah memandai2..
nasib baik selamat..
anony-mous replied at 25-6-2019 03:38 PM
Selamat celah mana? Kan dah mati
ADVERTISEMENT