Sebelum ini viral Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli singgah bersantap di restoran makanan segera, kali ini Seri Paduka Baginda Tuanku berkesempatan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Insitut Kanser Negara, Putrajaya. Kemalangan ini baru sahaja berlaku pada lebih kurang jam 8.30 pagi, 26 Jun 2019.
Alhamdulillah pemandu kereta terbait, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius. Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
Netizen rata-rata mengagumi sikap prihatin Seri Paduka Baginda Tuanku yang meluangkan masa berhenti melihat keadaan mangsa kemalangan tersebut.
Seri Paduka Baginda Tuanku mewarisi sikap Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah yang mangkat pada usia 88 tahun pada Mei lalu yang sering mendahulukan kepentingan rakyat terutama ketika dilanda musibah atau kesusahan. Daulat Tuanku. - CARI
Sumber Instagram Istana Negara
|
seri_mawr replied at 26-6-2019 10:50 AM
emmm....untung lah agong yang prihatin nasib rakyat...
klu nak sikit duit agak2 agong bagi tak..? ...
natrahn replied at 26-6-2019 10:54 AM
hihi..insya allah dpat tu..kena gi raya dengan Agong.. ( gurau )
seri_mawr replied at 26-6-2019 11:07 AM
klu gi raya mmg dapat kan..?
nak tulis surat la...hahhahaha
tagas replied at 26-6-2019 11:12 AM
takat turun tgk usha usha je ke
hulur laa
natrahn replied at 26-6-2019 11:13 AM
try la... tak cuba tak tahu.. Kawan saya penah tulis kad raya pada PM kita nih 10 tahun lepas. Dia ...
natrahn replied at 26-6-2019 11:13 AM
try la... tak cuba tak tahu.. Kawan saya penah tulis kad raya pada PM kita nih 10 tahun lepas. Dia ...
seri_mawr replied at 26-6-2019 10:50 AM
emmm....untung lah agong yang prihatin nasib rakyat...
klu nak sikit duit agak2 agong bagi tak..? ...
seri_mawr replied at 26-6-2019 10:50 AM
emmm....untung lah agong yang prihatin nasib rakyat...
klu nak sikit duit agak2 agong bagi tak..? ...
Simunggu replied at 26-6-2019 02:11 PM
dia bagi duit melalui polis...
EvieWanKenobi replied at 26-6-2019 02:35 PM
macamana acik bawak kereta sampai naik
atas divider?
ADVERTISEMENT