CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mak Bapa Datang Mengamuk Tapi Akhirnya Termalu Sendiri" - Kisah Guru Disiplin

26-6-2019 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7010| Komen: 28

Ramai warganet memberikan reaksi berhubung kes pelajar perempuan dirotan guru di salah sebuah sekolah di Johor.

Terbaru, menerusi laman maya, seorang warganet berkongsi pengalaman bapanya yang pernah bekerja sebagai guru disiplin. 


Dikenali sebagai Cheryn6, katanya banyak yang telah dilalui oleh bapanya termasuk sikap pelajar yang kurang ajar dan sukar dikawal. 

Kredit foto: Twitter Cheryn6

Namun, tidak pula bapanya cepat melatah malah menyelesaikan masalah tersebut tanpa sebarang kekerasan. 

“How time flies. Abah aku dulu cikgu disiplin. Ada budak conteng dinding toilet, panggil dia macam-macam.

“Dia tak melatah. Cuma dia panggil budak tu, suruh dia tulis benda yang sama tapi mak bapak dia,” katanya. 

Katanya lagi, ibu bapa tetap tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan ke atas anak mereka itu. 

“Mak bapak datang mengamuk. Abah brought them for a tour to the toilet.

“Ini hasil anak puan. Yang sebelah kanan, yang dia tulis nama saya. Mungkin anak puan rasa ia menarik. Jadi saya minta dia tulis untuk mak bapak pulak,”  terangnya. 


Katanya lagi, kekerasan bukanlah jalan terbaik sebaliknya memberikan hukuman dalam bentuk pengajaran agar mereka ini insaf. 

“Biar budak ni cat balik semua tandas kat sekolah ni, encik. Tak guna kita belasah dia kalau dia tak belajar.”

Ramai warganet memuji tindakan bapa kepada Cheryn6 ini. Apa pula kata anda? - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-6-2019 11:59 AM
Iols dulu pernah nak kena campak dr tingkat dua.. cikgu tu dh angkat iols pon.. tinggal lepaskan je.. seriau gila.. lepas tu iols tobat dah..
Quote batmana 26-6-2019 12:01 PM
untungla dpt anak murid dgr kata, skalipun dia wat salah

cuba kalu dpt anak murid melawan, maki cikgu tu balik

zmn aku mmg dpt penampo la jwbnya..
Quote Artemesiaa 26-6-2019 12:05 PM
Hukuman dengan cara cikgu displin diatas selalunya lebih berkesan dalam jangkamasa panjang berbanding hukuman dengan mengenakan rotan.
Quote Kurex 26-6-2019 12:16 PM
Kendatipun aku nakal dekat sekolah, ponteng kelas, panjat tak pernah aku melawan cikgu
Quote chinta89 26-6-2019 12:17 PM
budak2 skg mak pak sokong anak. lps tu cikgu dipersalahkan.
Quote bezita60 26-6-2019 12:20 PM
Nakal mcmne pun, jgn biadap.
Walaupun cikgu kau tak semenggah mana
Quote msdummy.2018 26-6-2019 12:22 PM
adoilah...why this lately sma org sibuk buka thread yg sama..guna thread sblum nie xboleh ker?
Quote lazim 26-6-2019 12:27 PM
Rmi je budak jht. Tp gentle berani buat berani tanggung. Ini jht tp hujung2 main report ke mak bpk plk.
Quote KIM.K 26-6-2019 12:29 PM
Teringat aku waktu postgrad macam devils wear prada/devil's advocate. Tapi cikgu tadika aku yg ajar membaca dan cikgu bisnes aku baik sampai sekarang, hantar lauk kegemaran dan buah2 lagi kat anak murid ni

Jadi academician ni ada daulat, ajarlah penuntut jadi manusia..bukan sell your souls
Quote jagung5 26-6-2019 12:34 PM
mmg kdg2 ada makpak ni yg over...rasa anak tu bagus..tak blh jentik sikit..
Quote CardiGans85 26-6-2019 12:38 PM
Aku pernah ponteng solat ms form 2 dan ustazah yg tangkap aku tu ckp betapa kecewanya dgn aku.

Huhu..walhal aku br lps dpt hadiah subjek agama terbaik tingkatan 2. Boleh igt sbb satu2nya org pernah ckp 'kecewa' kt diri ni.
Quote CikB 26-6-2019 12:53 PM
bagus tindakan cikgu ni
Quote FanTasyCreaTioN 26-6-2019 01:17 PM
msdummy.2018 replied at 26-6-2019 12:22 PM
adoilah...why this lately sma org sibuk buka thread yg sama..guna thread sblum nie xboleh ker?
Tak boleh nak buat apa sebab Wartawan Cari nyer Thread.

dan mukadimah nya walaupun berkisar tentang isu yang sama ..kupasan nya lain.
Gtu la lebihkurang
Quote msdummy.2018 26-6-2019 01:20 PM
FanTasyCreaTioN replied at 26-6-2019 01:17 PM
Tak boleh nak buat apa sebab Wartawan Cari nyer Thread.

dan mukadimah nya walaupun berkisar tent ...

ohhh.....smlm punya pun wartawan punya? mcm mana nk tau itu wartawan ker tidak?.....
Quote NBM 26-6-2019 01:20 PM
mak bapak sekarang kan dah turun level di akhir zaman ni. Dulu2 mak bapak ni mcm raja di mata anak2, nak melawan pun tak berani, nak bertentang mata pun seram. Ni zaman anak jadi tuan so mak bapak ramai dah bangang
Quote nono86 26-6-2019 01:24 PM
Tringat masa jadi cikgu ganti kt KL dulu. Pelajar tumbuk cikgu disiplin. Bila dah takde rasa hormat kt org lebih tua/cikgu
Quote msdummy.2018 26-6-2019 01:32 PM
msdummy.2018 replied at 26-6-2019 01:20 PM
ohhh.....smlm punya pun wartawan punya? mcm mana nk tau itu wartawan ker tidak?.....

understand..thanks
Quote arnauld 26-6-2019 01:36 PM
Mak bapak pun tak malu viralkan muka sendiri yg didik anak jadi camtu...
Quote haryatie 26-6-2019 01:43 PM
apa pun alasan ajar lah ank sendiri adab sopan, hormat org
x kan la adab sopan tu, jd keje cikgu, jiran sebelah rumah pulak nk ajar ank tu
msa buat  keje tu , x pulak mintak org tolong ajarkan
tau jerk kut mana pun
nsib baik la x jd cikgu..
ada yg lebam jugak kut kalau da melampau sgt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.258816 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top