Kes gambar kemaluan PU Rizz yang tersebar belum lagi selesai. Kini timbul pula isu baru apabila Caprice meluahkan kekecewaannya terhadap Rizz di IG Storynya.
Caprice mendakwa malam sebelumnya tersebar gambar panas tersebut, PU Rizz telah menghentam projek MY Jihad. Namun tidak sampai 24jam, PU Rizz tiba-tiba terpalit dengan isu sebegini. Ia bagaikan hukum karma. Dalam kemaskini di IG Storynya, Caprice turut bengang dengan sikap PU-PU yang tidak mengambil endah pelawaannya mempromosikan aplikasi Islam Pro di bulan puasa baru-baru ini. Itu tidak mengapa, tetapi anehnya apabila lagu dan video baru Caprice dikeluarkan, maka laju sahaja puak-puak ini menghentam. Ini yang menyebabkan Caprice berasa marah, jadi ini antara balasan tunai oleh Allah kepada mereka.
Bagi Caprice, adalah lebih baik beliau menunjukkan sikapnya yang sebenar iaitu 'bad boy' tetapi mahu berubah kepada kebaikan. Daripada penampilan alim warak tetapi menyembunyikan perangai sebenar yang lebih teruk. Ini mungkin merujuk pada penghasilan video klip terbarunya bersama 3 lagi penyanyi iaitu MK, Tuju dan Zynakal yang 'daring' dan mengandungi unsur-unsur gangsterime. Namun Caprice tidak mengendahkan kritikan tersebut. Hidup seperti roda, PU bukanlah watak sempurna untuk mewakili agama jika hanya tahu mengecam sahaja tanpa ada usaha meningkatkan imej Islam. Manakala Caprice sendiri mengakui imejnya sebagai 'bad boy' yang ingin berubah menjadi titik tolak kepada yang lebih baik. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua pihak. - CARI |
ffbeauties replied at 26-6-2019 02:37 PM
Sukahati je claim Allah bayar cash.
Ko sape?
Asdan replied at 26-6-2019 02:29 PM
apa nak jadi dengan golongan agama ?
ADVERTISEMENT