CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Doakan Saya Istiqamah"- Penampilan Berhijab Lisa Surihani Dapat Pujian Netizen

27-6-2019 10:23 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 18367| Komen: 114|Original author: Oleh: Myeonir

Walaupun sudah tidak nampak kelibatnya di kaca televisyen mahupun layar perak, kehidupan Lisa Surihani masih boleh diikuti menerusi laman Instagramnya.

Lisa kelihatan bahagia menguruskan rumah tangganya bersama Yusry KRU dan turut dihiasi kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.


Terbaru, Lisa dan keluarga kecilnya itu telahpun mengerjakan umrah di Tanah Suci. Apa yang menariknya ialah penampilannya selepas pulang ke Malaysia.


Kredit foto: Instagram

Menerusi Berita Harian, Lisa menyifatkan bahawa terlalu peribadi untuk dikatakan sama ada keputusannya berhijab ini kekal untuk selamanya ataupun tidak.

"Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.


"Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu," katanya.


Kredit foto: Instagram

Dia juga tidak mahu orang salah faham sekiranya dia kerap memuat naik gambarnya bertudung, takut dikatakan hanya ingin meraih pujian.

Lisa mengambil masa yang lama untuk memuat naik gambarnya bertudung kerana merasakan ia terlalu peribadi. Dia berharap agar terus istiqamah dan ikhlas kerana Allah SWT.


Kredit foto: Instagram

"Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.

"Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin," ujarnya.

Netizen juga rata-ratanya memuji penampilan baru Lisa ini, siap ada yang kata yang dia kelihatan seperti perempuan Arab setelah berhijab. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 27-6-2019 10:26 AM
Wlpun x suka lisa, but da ni cantik bertudung, kemas & tak kepam mcm BFF dia
Quote mieymiey 27-6-2019 10:28 AM
Semuanya bermula dengan diri sendiri. Semoga istiqamah LS.
Quote starzbites00 27-6-2019 10:41 AM
Cantik die bertudung...semoga lisa terus istiqamah dan kekal dgn imej brtudung...bahagia dgn family...
Quote LadyCarefree 27-6-2019 10:46 AM
Sukati la nk tutup ghambut ke x. Yng kecoh para bawang meleis.
Quote True-X 27-6-2019 10:47 AM
menutup aurat utk menutup kecantikan laa...

mazhab melayu je yg kata bertudung itu cantik
Quote lolipopbiru 27-6-2019 10:47 AM
ALHAMDULILLAH
Quote CikB 27-6-2019 10:53 AM
semoga dipermudahkan
Quote miminn 27-6-2019 11:00 AM
semoga istiqamah
Quote Asdan 27-6-2019 11:03 AM

topi boleh menyebabkan rambut rosak

https://www.bustle.com/articles/ ... ding-to-the-experts
Quote luluaurora 27-6-2019 11:07 AM
Alhamdulillah.. So pretty
Quote EvieWanKenobi 27-6-2019 11:08 AM
bukan tu gambau2 masa umrah ka?
Quote msTazmania 27-6-2019 11:12 AM
Alhamdulillah..semoga istiqomah.
Quote fossil 27-6-2019 11:13 AM
semoga istiqamah
dah agak dia bertudung balik umrah
sebab tak upload apa2 picture dia..

lisa ni cantik bertudung atau tak
with tudung nampak lebih manis n muka fresh!
Quote crazypink 27-6-2019 11:14 AM
semoga terus istiqomah
Quote ad_hoc79 27-6-2019 11:19 AM
Alhamdulillah..semoga terus istiqomah
Quote mizz_fatyn 27-6-2019 11:25 AM
cantik sgt sis..semoga terus istiqomah
Quote de_ikea 27-6-2019 11:28 AM
Sangat berseri2 lisa ni. Sgt nmpk bersih air mukanya. Adakah sbb seri umrah atau chetaphil?
Quote rinur123 27-6-2019 11:31 AM
Alhamdulillah.
Semoga terus istiqamah LS.
Quote jualbelirumah 27-6-2019 11:34 AM
sweet nye. nmpk suci sngt. moga terus istiqamah.

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036492 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top