Pelbagai karenah dan pengalaman yang dilalui oleh seorang pemandu Grab. Namun, cerita yang satu ini memang agak unik. Hanya kerana sanggup menumpangkan penumpang berbangsa Bangladesh dan menahan bau badan mereka, pemandu ini mendapat tip RM50 daripada mereka.
Pemandu tersebut, Fadhli memberitahu pengalaman tersebut berlaku tiga tahun lalu ketika dia mengambil penumpang warga Bangladesh di Bandar Sunway. “Sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta, saya terpaksa tahan nafas. Tetapi tidak dapat bertahan lama. Jadi saya tukar mod penghawa dingin dari kitar semula ke mod udara segar tetap tidak membantu kerana udara panas.
“Selepas itu saya tetapkan semula keadaan penghawa dingin dan turunkan tingkap sedikit demi sedikit supaya udara segar masuk. Bila berhenti di lampu isyarat, saya buka tingkap seluas-seluasnya. “Biasanya saya akan bercakap dengan penumpang sepanjang perjalanan, tetapi kali ini tidak kerana terganggu,” katanya menerusi satu posting di Facebook. Rupanya penumpang berkenaan menyedari perbuatan Fadhli. “Kami panggil tiga Grab sebelum abang. Semua batal tempahan apabila nampak kami,” kata penumpang itu kepadanya. Lebih mengejutkan ketika tiba di lokasi, mereka menghulurkan RM100 sebagai tip. Namun, Fadhli tidak menerimanya. “Tak apa bang. Bagi anak-anak makan, terima kasih sudi hantar kami. Tak apa bang, saya tahu abang tak selesa dengan kami tadi,” kata penumpang itu lagi. Peristiwa itu memberi pengajaran kepadanya agar tidak memilih pelanggan dan juga menghormati bangsa lain. Perkongsian itu di Twitter turut mendapat reaksi positif daripada warganet. - CARI
|
beta_carotene replied at 26-6-2019 06:29 PM
Sedih plak baca..
beta_carotene replied at 26-6-2019 10:29 AM
Sedih plak baca..
Puckett152 replied at 26-6-2019 06:56 PM
Impressive!and excited Thanks for the information and sharing here.
beta_carotene replied at 26-6-2019 06:29 PM
Sedih plak baca..
HannahMontana replied at 26-6-2019 06:34 PM
Pelik ko ni .Hal mcm ni mudah sedih.
ADVERTISEMENT