CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belah Perut Buaya Nampak Kaki, Misteri Kehilangan Wartoyo Terjawab

26-6-2019 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3806| Komen: 17|Original author: Oleh: Myra Rozi

Misteri kehilangan seorang petani terjawab apabila dia sebenarnya mati dibaham buaya.

Kejadian yang berlaku di Siak, Riau Indonesia itu menyaksikan mangsa, Wartoyo gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah.


Tribun News melaporkan, penduduk kampung mula mencarinya di sekitar Sungai Lakar, lokasi terakhir dia dilihat.

Semasa mencari, mereka ternampak seekor buaya yang sedang berehat di tebing sungai.

Foto: Tribun News
Cebisan tubuh manusia berada di sisi haiwan tersebut.

Ketua Kampung, Wahyudi berkata,

"Apa yang dibimbangi penduduk menjadi kenyataan. Selepas perut haiwan itu dibelah, penduduk menemui cebisan kaki mangsa."


Wahyudi percaya tragedi tersebut berlaku kerana penduduk tempatan melanggar pantang larang tradisional semasa berada di habitat reptilia berkenaan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 26-6-2019 05:59 PM
Langgar pantang kononnya satu hal..pastu yg pi tangkap belah boya tu x langgar pantang ke wahai penduduk kampung sekalian?
Quote danieladam 26-6-2019 06:12 PM
Siak, Riak ni kat mana pulak?
Quote missycutie 26-6-2019 06:37 PM
Eiiiiiiiii.....
Quote Winona888 26-6-2019 06:43 PM
Kesiannya....
Quote CikB 26-6-2019 08:03 PM
pantang larang apa yg dorang dah langgar ni...
Quote Foxey 26-6-2019 08:16 PM
Curious plak nak tahu apa pantang larang nya
Quote kivio 26-6-2019 08:19 PM
Memang food chain macam tu lah.
Menatang tu karnivor.
Yang engkorang bodo hawau pegi belah perut dia buat apa.
Quote cik_nit 26-6-2019 09:15 PM
Lahai... siannyalah
Quote RatuDunia94 27-6-2019 12:11 PM
Cemana kalo lembu, ayam, ikan etc belah perut manusia plak???
Quote slavehunter 27-6-2019 12:37 PM
Foxey replied at 26-6-2019 08:16 PM
Curious plak nak tahu apa pantang larang nya

Tak silap i arwah mak ada cerita pantang2 sungai ada buaya ni....tak boleh basuh periuk belanga perkakas dapur kat sungai, kalau utk mandi datang utk mandi basuh kain sikit dan selesai terus balik. Tak boleh buat perkara2 lain.
Quote kenarikelabu 27-6-2019 03:10 PM
Dah buaya tu lapar, dia bedal jer la apa yg dia dpt.
Quote dua_chzy 27-6-2019 03:14 PM
Tau pulok deyol buaya mana yang bunoh dan baham mangsa.

But barangkali if dah biasa hidop dengan buaya, menda gini memang boleh tahu.
Quote Simunggu 27-6-2019 04:38 PM
kalau org tu dah kena bunuh & buaya nampak terapung mestilah dia makan, biawak pun makan kalau jumpa bangkai di sungai...tak boleh tuduh buaya makan/ bunuh mangsa...fitnah tu..mcm macai PeeH jadinya..
Quote aHoi83 27-6-2019 05:02 PM
Teringat dulu2 i sekeluarga selamba jah mandi2 di sungai perak walau tau sungai tu byk buaya
Quote MelahJanda 27-6-2019 05:33 PM
semasa mencari, mereka ternampak seekor buaya sedang terdampar di tebing sungai lalu bertanya, wahai buaya yang bijak bestari, adakah kau nampak seorang manusia lalu lalang di sekitar sungai ini? lalu buaya pun berkata 'tiada, aku tidak nampak sesiapa pun' sambil sendawa kekenyangan/
Quote Foxey 28-6-2019 04:53 PM
slavehunter replied at 27-6-2019 12:37 PM
Tak silap i arwah mak ada cerita pantang2 sungai ada buaya ni....tak boleh basuh periuk belanga pe ...

Oh, okay. Thanks for the info
Quote nono86 28-6-2019 09:48 PM
Yang makan manusia ni mmg kena bunuh kan sbb nnt mereka dh merasa daging manusia. Contoh cam singa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035415 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top