CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Tibaiunta" Gelaran Pada Artis Tak Berbakat Tapi Sibuk Jaja Kisah Cinta Dan Bisnes, Mana Cerita Seni?

27-6-2019 01:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12774| Komen: 37|Original author: Oleh: Shimmer Shine



Istilah 'pelakon majalah' melekat pada kehadiran artis yang hanya mempertaruhkan kecantikan dan seksi semata-mata. Mereka lebih laris menjadi penghias muka depan majalah dan surat khabar tanpa ada bakat spesifik. Kemunculan golongan ini tetap diraikan kerana memeriahkan industri hiburan.

Zaman berlalu namun kehadiran artis sebegini semakin ramai dek kerana media sosial yang menjadi platform melontarkan 'bakat' atau 'life style' mereka terhadap umum. Apatah lagi tatkala ditemuramah oleh media cetak dan elektronik, topik yang mereka jawab bukannya tentang lakonan atau nyanyian, tetapi gossip atau pun bisnes mereka sendiri. Jadi, di manakah relevannya golongan sebegini?

Pengulas industri hiburan, Sepit Siput menamakan golongan ini sebagai 'Tibaiunta' iaitu singkatan pada "Selebriti Yang Tiada Bakat Istimewa Untuk Dipertaruhkan".


Tidak menamakan siapakah artis tersebut secara spesifik, namun ramai yang boleh meneka. Ini disebabkan Neelofa baru sahaja mendapat percalonan Influencer Award 2019 Monaco menyebabkan namanya disebut-sebut sebagai 'tibaiunta'.


Kredit foto: IG


Namun bukan sekadar itu sahaja, beberapa artis turut digelarkan dengan "tibaiunta" kerana tiada impak kehadiran mereka dalam industri tetapi hanya hangat dengan kisah-kisah sensasi sahaja. Dipaparkan juga beberapa keratan akhbar yang menampilkan artis sebegini yang menceritakan mengenai kehidupan dan perancangan bisnes mereka.

Antara yang mendapat perhatian ialah cerita artis membina jenama sendiri, berpindah ke luar Negara lepas berkahwin dan tidak pandai menyiang ikan menyebabkan ramai warganet dapat meneka gerangan artis tersebut.

Bukanlah tidak boleh, tetapi itu cerita yang diulang-ulang bukan sahaja di media sosial tetapi juga media cetak. Persoalannya, mana cerita seni mereka?

Kredit foto: IG

Selain kisah-kisah di atas, artis yang tidak berbakat ini juga menjadi fenomena kerana memaparkan gaya hidup seperti kisah anak-anak mereka dan juga kisah sumbangan itu dan ini. Lagi sekali, apa sumbangan mereka dalam dunia hiburan tanah air? Atau sepatutnya mereka memegang 'tittle' 'Insta Famous' bukannya artis yang sebenar?

Kredit foto : IG
Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Menyedihkan...
Namun ini hakikatnya yang terpaksa diterima apabila khalayak lebih mengenali artis tidak berbakat ini kerana pendedahan mereka yang lebih meluas berbanding artis berbakat tetapi sendu. Siapa sahaja boleh menjadi popular jika pandai menjaja cerita.

Jika situasi ini berterusan, industri seni akan dipenuhi dengan cerita artis sibuk berniaga dan bukannya sibuk memperbaiki kualiti nyanyian dan lakonan. Industri rojak atau kita sendiri yang mengankat golongan 'tibaiunta' ini? - CARI 

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • inspiro92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 27-6-2019 01:59 PM
Panjang artikel ini
Tapi kesimpulannya mudah jer
Cari Azza = sepitsiput
Quote unguaurora 27-6-2019 02:04 PM
Paling tepat dgn tajuk ialah ruhainis mulut kemam
Quote msdummy.2018 27-6-2019 02:06 PM
sepit siput tuh bukan forumer sini ker?
Quote Boomibulat 27-6-2019 02:12 PM
msdummy.2018 replied at 27-6-2019 02:06 PM
sepit siput tuh bukan forumer sini ker?

Beliau dh bersara sis..siap bika thread nak announce dulu..hehe
Quote msdummy.2018 27-6-2019 02:13 PM
Boomibulat replied at 27-6-2019 02:12 PM
Beliau dh bersara sis..siap bika thread nak announce dulu..hehe

Boleh jadi forum bersara... Smbung kat ig/twitter?? Hahahahah
Quote syadq 27-6-2019 02:16 PM
hzln replied at 27-6-2019 01:59 PM
Panjang artikel ini
Tapi kesimpulannya mudah jer
Cari Azza = sepitsiput

Terjumpa tokpit di dating apps, katanya single mom skrg, kalau bukan fake profile lah. Tp sempat juga promote ig suruh kita follow.
Quote MatDeghem 27-6-2019 02:17 PM
Letak mereka di categori insta famous... Aka influencer.
Walau mereka menjaja diri mereka sebagai actress. Gituuu
Selain jual makeup timbang kilo... Jual tudung.... Jual bag... Jual kasut....

Yg mampu... Beli followers, ada fan club, engaged agent obersi..

Gitu laaa


Quote Boomibulat 27-6-2019 02:17 PM
msdummy.2018 replied at 27-6-2019 02:13 PM
Boleh jadi forum bersara... Smbung kat ig/twitter?? Hahahahah

Wallahua'lam...forumer who are yuss je kan beliau ms tu..
Quote mohdcrow 27-6-2019 02:22 PM
patut kena ada syarat untuk retis2....

cukup setahun takde produk seperti drama,filem,lagu dan sebagainya dah boleh lucut panggilan retis

atas dasar berlakon/menyanyi yang dah berkurun tahun dulu duk jaja kerjaya dia artis sampai sekarang....produk haram tak nampak
Quote ira_229 27-6-2019 02:22 PM
tapi ai suka baca artikel ni selalunya ai malas nak baca artikel berjela...mmg betul pun artis sibok berniaga...artis sibok mencanang pelajar cemerlang...haha siapa tu?????
Quote Asdan 27-6-2019 02:27 PM

tanya sikit, kenapa unta ?
Quote lolipopbiru 27-6-2019 02:32 PM
jadi cukup cukup la nak compare artis tu dgn artis ni..cth mcm lofa,now dia lebih pd bisnesswoman,produk seni tak ada cumalah hos meletop,jd bg sy,tak layak jika nk compare lofa dgn artis lain yg masih lagi struggle belakon menyanyi kt mlysia ni.dimana lofa dh ke international utk bina jenama portfolio dia sbg influencer/bisneswoman. cukup la sbg fans lofa berbangga lofa sbg bisnesswoman yg berjaya seperti vivy,bukan erma fatima,bkn umie aida,bkn ellie suriaty,even ctdk pn. (lofa dah lain career dia).
Quote rayray28 27-6-2019 02:32 PM
Asdan replied at 27-6-2019 02:27 PM
tanya sikit, kenapa unta ?

Aaa cer baca kt atas tu dh ada penjelasan singkatan for what
Quote Cari-Azza 27-6-2019 02:50 PM
Asdan replied at 27-6-2019 02:27 PM
tanya sikit, kenapa unta ?

'Tibaiunta' iaitu singkatan pada "Selebriti Yang Tiada Bakat Istimewa Untuk Dipertaruhkan".

- harap jelas


Quote Themilo 27-6-2019 02:54 PM
walaupun dah mereput dimamah ulat dan cacing, jasa tokpit dalam industri tetap jua disebut carizen..
Quote YomiuriLandMae 27-6-2019 03:00 PM
eleh tokpitput ni heboh nak #kearahsifartibaiunta2020 konon.. last2 retis yg ada talent and proven tu la yg kau dok hencap tiap2 hari.. well u know who..
Quote seri_mawr 27-6-2019 03:04 PM
tibaiunta

ciri2 artikel lebih kepada lopa...

cerita cemerlang spm sampai la ni...
tapi takat spm jek la....

Quote mieymiey 27-6-2019 03:06 PM
Gitchuuuuuu, reputz dah mengiktiraf bahasa tokpit.
Quote Asdan 27-6-2019 04:12 PM
Cari-Azza replied at 27-6-2019 02:50 PM
'Tibaiunta' iaitu singkatan pada "Selebriti Yang Tiada Bakat Istimewa Untuk Dipertaruhkan".

- h ...

jauhnya, panggil aja artis tibi (tiada bakat istimewa)

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044747 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top