Hasrat wanita mengabulkan permintaan adiknya yang hamil tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik ketika mahu mengait mangga. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi, semalam di kebunnya di Kampung Terusan.
Dalam kejadian itu, mangsa, Sarimah Dalam, 58, dilaporkan melecur 90 peratus akibat renjatan elektrik. Menurut anak mangsa, Stellah Tajuid, 36, ibunya menggunakan sabit kelapa sawit ketika mengait mangga untuk ibu saudara yang sedang hamil dan mengidam buah itu. "Namun, ibu secara tidak sengaja terkait wayar menyebabkannya terkena renjatan elektrik,” katanya. Mangsa yang rebah selepas terkena renjatan elektrik dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat melecur, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.
Tambahnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
Winona888 replied at 27-6-2019 03:08 PM
Pasni adik dia mesti dah xnak mkn mangga lg...sedih lahai...
RatuDunia94 replied at 27-6-2019 05:45 PM
Mesti kait guna pengait batang besi kan.. memang bahaya.. separutnya guna galah atau batang kayu.. s ...
ADVERTISEMENT