CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memalukan! Bekas Pelawak Senario Ditahan Hisap Ganja, Kes Gaduh

28-6-2019 11:06 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 11365| Komen: 27|Original author: Oleh: Top5

Bekas pelawak kumpulan Senario telah ditahan polis kerana terlibat dengan pergaduhan yang berlaku di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras Selasa lalu. 

Memetik laporan Kosmo, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua orang rakannya termasuk seorang wanita dalam keadaan tidak terurus.

Foto Kosmo

Hasil pemerikaan polis, suspek wanita itu telah mencuba untuk menyembunyikan satu paket dadah jenis methamphetamine seberat 0.55 gram. Polis membuat penangkapan ke atas mereka semua setelah mendapat laporan dari orang awam berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

Hasil ujian air kencing, polis mendapati pelawak berkenaan positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.


"Siasatan lanjut mendapati pelawak itu mempunyai empat rekod jenayah melibatkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang," kata pihak polis.

Pelawak tersebut direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua lagi suspek direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan. - CARI 

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belacan_gurl 28-6-2019 11:13 AM
Yasin ke tu
Quote Boomibulat 28-6-2019 11:23 AM
pelawak berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua orang rakannya termasuk seorang wanita dalam keadaan tidak teratur.
Ape maksud tidak teratur?
Quote c===8 28-6-2019 11:31 AM
kusut masai
selekeh
Quote misc 28-6-2019 11:44 AM
pixelized pun masih boleh kenal.
Quote damian_lee 28-6-2019 11:45 AM
Yasin .....
Quote MatDeghem 28-6-2019 11:52 AM
ape mau malu ..... cerita biasa. Retis ....


Quote LostStar 28-6-2019 11:53 AM
penin2 pon minat blackpink! cis...
Quote kerusikayu 28-6-2019 11:54 AM
dia ni dari dulu lagi, memang manjang kes yang sama.. tak malu ke ha.. pelik betul
Quote ch3ngkoy 28-6-2019 12:36 PM
takkan 0.5 share kot..memang bergaduh la jawab nye...hadeii.. sin2..steady..black pink
Quote minguk 28-6-2019 12:56 PM
dari dulu pun kan... kena tahan, lepas... kena tahan, lepas..
Quote Suriram28 28-6-2019 01:21 PM
Adoii dh tua kot yasin ni..xinsop2
Quote whadda 28-6-2019 01:43 PM
lalu kat fb muka tak censored.. memang yassin
Quote sakinahxpdc 28-6-2019 02:00 PM
yasin oh yasin......
Quote kokocrunch 28-6-2019 02:24 PM
yassin...ke tue
Quote nono86 28-6-2019 02:41 PM
Bukan hari tu dia dah berubah ke.. pelawak amik dadah untuk dapat idea melawak agaknya.
Quote crazybeach 28-6-2019 02:55 PM
eh hello? gambar sebelah kanan tu bukan gambar tangkapan si yasin eh. entah mana2 picture kat google kau sebat lepas tu gigih nak hitamkan muka officer tu choyy

ni hah gambar yang kau cedok tu kan

Quote ikanmasin 28-6-2019 03:06 PM
dah tau semlm mmg yasin...
Quote azhardanil 28-6-2019 05:49 PM
Boomibulat replied at 28-6-2019 11:23 AM
pelawak berusia 41 tahun itu ditahan bersama dua orang rakannya termasuk seorang wanita dalam keadaa ...

Tidak teratur, baju pakai kat kaki, seluar pakai kt kepala.. hahaha
Quote Boomibulat 28-6-2019 06:02 PM
azhardanil replied at 28-6-2019 05:49 PM
Tidak teratur, baju pakai kat kaki, seluar pakai kt kepala.. hahaha

Camtu rupanya.thanks..hahe

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048878 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top