CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Orang Buta Seni Je Tak Nampak" - Sasterawan Negara Dapat RM5,000 Sebulan, Tapi Netizen Pula Bergaduh

28-6-2019 02:34 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4800| Komen: 24|Original author: Oleh: HakirRahman

Bila cakap soal sastera ni, ramai antara kita yang tak berapa nak faham. Yerlah, sebab sumbangannya tak nampak macam kerja-kerja teknikal lain, walaupun seni dan budaya bangsa itu tidak ternilai sebenarnya. 


Jadi, bila kerajaan setuju beri elaun bulanan sebanyak RM5,000 sebulan kepada tujuh sasterawan negara iaitu A Samad Said, Muhammad Salleh, Noordin Hassan, Anuar Rethwan, Ahmad Kamal Abdulah, Baharuddin Zainal dan Zurinah Hassan. 

Ada yang pernah baca karya mereka? 

Tetapi, berita ini mendapat reaksi pelbagai. Di Twitter misalnya, kenyataan seorang pengguna yang membandingkan elaun itu dengan penjawat awam kerja 30 tahun tapi tak dapat apa-apa menarik perhatian ramai. 

FOTO: TWITTER

Ada pengguna tidak bersetuju dengan pandangan itu, bagi mereka sumbangan sasterawan ini tak ternilai untuk negara. 


FOTO: TWITTER

Tapi, ada juga yang berkata sasterawan ini tak ada sumbangan apa-apa, seperti kata seorang pengguna Twitter: "Puisi entah apa-apa, boleh pulak diberi elaun RM5,000 sebulan seumur hidup."

Pendapat ini bagaimanapun dibantah pengguna Twitter lain, yang merasakan "puisi adalah manifestasi ketinggian budaya dan bahasa sesuatu bangsa."


FOTO: TWITTER

Malah, perbincangan bertambah hebat bila ada pengguna Twitter yang berkata "ramai lagi perajurit wira negara yang cacat seumur hidup tapi hanya dapat pencen tak sampai RM2,000 sebulan. Ada juga yang tak berpencen sampai kena kerja walaupun dah tua."

Tapi, ayat paling sentap adalah daripada seorang pengguna Twitter yang menganggap hanya "orang buta seni dan budaya sahaja tak nampak sumbangan sasterawan negara ini." 


FOTO: TWITTER

Jadi, apa pendapat anda? Wajar atau tidak sasterawan negara ini mendapat elaun sebanyak itu? - CARI 
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 28-6-2019 02:43 PM
Berapa kerat je bilangan sasterawan negara ni..dpt title tu maksudnya dia mmg dah bagi sumbangan besar dlm bidang kesusasteraan so mmg layak. Bdk2 twitter punya level complain mmg layak main twitter je
Quote telracs 28-6-2019 02:46 PM
Saya juga seorang penulis....just penulis picisan....yang tak akan mampu mencapai tahap sasterawan...so, tak nak komen banyak...hahaha
Quote aleesyasofia 28-6-2019 03:03 PM
komen2 netizen mmg mcm celaka.. yg ckp puisi ntah pape tue ko prnh baca ke tdk?? karya sasterawan negaralah yg paling susah nak faham tau.. pasal bhsnya tinggi.. tp, karya2 SN bagus utk dibaca.. sgt beza dgn karya2 popular..
Quote qistiena 28-6-2019 03:06 PM
to be frank
ada sasterawan yg ok
ada yg
nak kata depa x berduit
x jugak
sebab depa dpt royalti penjualan hasil karya depa
on top of that
they received a lot of benefit just like other government servant

so it's up to u to decide
whether they deserve it or not
Quote KIM.K 28-6-2019 03:14 PM
Kurang sopan perkataan netizen ni. Jangan sampai Pak Samad tak sanggup nak terima elaun tu dan pulangkan sebab perkataan korang

Orang sekarang dah taktau nilai budaya, tulisan yang menggarap pemikiran dengan tulisan komersil. Tau hencap je
Quote CiliPadiSedap 28-6-2019 03:18 PM
telracs replied at 28-6-2019 02:46 PM
Saya juga seorang penulis....just penulis picisan....yang tak akan mampu mencapai tahap sasterawan.. ...

kaka ada poem sis vokuru laksana dodolgemuk

Di manakah bunga impianku
Haruskah ku tunggu
Hingga dikau layu
Alunan suaramu memanggil
Ingin ku mencapai
Tercarik duri
Oh bulan berikan cahaya
Agar terang malam
Tatkala ku rindu
Oh bulan lihatlah hamba
Yang hidup sendiri
Di dalam sepi
Oh bulan berikan cahaya
Terangilah jalan
Yang aku lalui
Oh bulan lihatlah hamba
Ingin ku sentuhi
Wajahmu kasih
Di manakah bunga impianku
Haruskah ku tunggu
Hingga dikau
Quote MissVixen 28-6-2019 04:00 PM
Sasterawan negara tu nampak juga hasil kerjanya... Tapi lantikan politik gaji mahal tu, apa je sumbangan selain kaki ampu, songlap je.
Quote cm_matjawasp 28-6-2019 04:06 PM
Anugerah Sasterawan Negara juga dah ada ganjaran tertentu selain duit cthnya rawatan hospital kelas pertama seumur hidup..kalau aku tak silap.
Quote axl_bach 28-6-2019 04:06 PM
Alahai berapa ketul jer lah sasterawan tu, dan rata2 pun dah senja dah pun
Quote semerbak 28-6-2019 07:42 PM
Sewaktu mereka masih hidup memang layak di beri imbuhan bulanan. Kita (rakyat) terhutang budi dan maruah bangsa pada mereka.
Quote wunan88 28-6-2019 08:40 PM
kalau nampak dari yg komplen tu macam dapig..maklumlah mereka mana boleh jadi sasterawan..bm pon fail

dengki x habis2
Quote tumpanglalu74 28-6-2019 09:01 PM
IMG-20190107-WA0010.jpg
Quote najib888 28-6-2019 09:12 PM
Bg elaun nak tutup mulut kot.. SN ni, puisi depa selalu dpt limelight.. tak puas hati saja, depa angkat pena, tulis..
Jadi, tak mau kena kecam, sumbat dedak la..
Quote batmana 28-6-2019 09:12 PM
mcm penah baca, a samad said, pnah mkn nasi lauk ikan kering aja, sebab bape sen sgt gaji menulis ni..
Quote cronix 28-6-2019 09:32 PM
They deserved it. Enough said.
Quote harizs 28-6-2019 11:02 PM
najib888 replied at 28-6-2019 09:12 PM
Bg elaun nak tutup mulut kot.. SN ni, puisi depa selalu dpt limelight.. tak puas hati saja, depa ang ...

Bagi duit baru boleh tutup mulut.  Klu tak siap la keluar puisi2 TIADA HARAPAN
Quote RatuDunia94 29-6-2019 01:24 AM
Ok lah.. at least boleh menarik minat golongan muda utk menceburi bidang sastera.. kononnya ada masa depan..
Quote pyropura 29-6-2019 11:02 AM
Yg komplen tu jenis takde life 24jam dgn socmed yg suka likes Bossku sana Bossku sini
Quote pyropura 29-6-2019 11:04 AM
Depa yg dok bising tu tak suka DAPig bantu Melayu letteww

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056592 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top