|
Rasanya Datuk Siti Nurhaliza masih mengekalkan takhta penyanyi nombor satu paling disayangi rakyat Malaysia, malah boleh dikatakan penyanyi pujaan ramai juga di Indonesia, Brunei dan Singapura. Di mana tempat ada Melayu, nama Siti Nurhaliza pastinya jadi sebutan.
Popularitinya itu bukan setakat tersebar kepada anaknya Siti Aafiyah, malah pengasuh anaknya yang bernama Dayah pun turut mula dikenali ramai. Dayah mula mendapat tumpuan ramai bila dia kelihatan dalam banyak gambar Datuk Siti mendukung Aafiyah. Rupa-rupanya, jadi pengasuh anak penyanyi nombor satu Malaysia bukan setakat kena pandai jaga budak. Tapi kena pandai menyanyi juga.
Dayah dalam sebuah majlis baru-baru ini menunjukkan bakatnya menyanyi dan mendapat banyak pujian ramai. Agak-agaknya waktu ditemuduga hendak jadi pengasuh, Dayah disuruh menyanyi tak oleh Datuk Siti? - CARI |


tudungpurple replied at 28-6-2019 12:26 PM
pengasuh aafiyah ni ada ig tak?
zueazza replied at 28-6-2019 01:18 PM
Ada. Dayahzubit
amerald: Cantik pengasuhnye..Hati2 dato siti, nanti jadi madu u pulok
danieladam replied at 28-6-2019 02:42 PM
X silap dayah ni anak sedara dato K kan?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.222045 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.