CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Walau Dicemuh, Doktor Melayu Islam Ini Terus Selamatkan Anjing Dan Kucing Terbiar

1-7-2019 10:56 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 21032| Komen: 65|Original author: Oleh: HakirRahman

Selalu sangat kita dengar cerita kekejaman manusia terhadap anjing dan kucing terbiar, tetapi ini kisah usaha seorang doktor haiwan yang Melayu dan Islam menjaga anjing dan kucing terbiar di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor. 


Menurut laporan portal berita The Malaysian Insight, Dr Taqiyuddin Zainal yang baru berusia 29 tahun sudah menyelamatkan banyak anjing dan kucing terbiar di Klinik Veterinar Taqwa. 

Walaupun pada mulanya dicemuh orang, sokongan keluarga terutama ayahnya, Zainal Ulum Ahmad Kasah menyebabkan Dr Taqiyuddin meneruskan usaha itu.

"Saya takkan mampu buat seorang tanpa ibu dan ayah saya. Mula-mula buka dulu ramai yang tak suka sebab ayah saya ketua kampung ada hubungan dengan masjid. Tapi lama-lama, saya jumpa dan terangkan kepada mereka yang mengecam. Sebab itu kami selalu buat program untuk didik orang tentang kepentingan kawal populasi anjing dan kucing," katanya. 


IBU DAN AYAH DR TAQIYUDDIN YANG BANYAK MEMBERI SOKONGAN. FOTO: THE MALAYSIAN INSIGHT

Klinik Taqwa dibuka dengan modal RM45,000 menggunakan simpanan doktor muda itu dengan bantuan ayah dan abangnya. 

Tetapi, kawasan klinik yang kecil menyebabkan semua anjing dan kucing yang diselamatkan tidak boleh dipelihara. Haiwan ini dimandulkan untuk jaga populasi sebelum dilepaskan semula.

"Kalau fikir soal kaya ke tak, seekor kucing kosnya untuk mandulkan adalah RM150, anjing lebih kurang RM250, bayangkan kalau 10 ekor sebulan. Tapi, ini bukan soal duit, matlamat saya adalah untuk kejayaan diri bantu kawal populasi haiwan terbiar," katanya. 

DOKTOR TAQIYUDDIN MAHUKAN MASYARAKAT SEDAR KEPENTINGAN JAGA HAIWAN TERBIAR. FOTO: THE MALAYSIAN INSIGHT

Dr Taqiyuddin juga menceritakan tentang seekor anjing berkaki tiga yang diselamatkannya dan sentiasa mencarinya walau sudah dikembalikan ke tempat asal dijumpai. Anjing itu diberi nama BJ dan kini dipeliharanya. 

"Dua kali saya hantarnya ke tempat asal. Jauh juga, dalam 5 km dari kampung saya. Kawasan tu betul-betul dekat sungai. Memang ada banyak anjing liar. Ramai orang beri makan kepada anjing di situ. Tapi, BJ akan balik semula cari saya. Anjing sifatnya jinak dan pandai hargai orang yang selamatkannya," katanya. 


Usahanya itu juga mendapat pujian Imam Muda Asyraf yang menganggapnya fardu kifayah. 

"Orang kampung tak boleh cemuh, patutnya puji. Ini fardu kifayah kerana tidak semua boleh belajar ilmu rawat binatang. Kalau jadi doktor biasa pegang darah orang, kita kena basuh juga jika nak solat. Sama juga anjing yang dirawat, samaklah tangan, tiada masalah," katanya. 

Ulama berbeza pendapat tentang isu pegang anjing, tetapi menurut Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir, pensyarah Bahasa Al-Quran UIA, doktor haiwan, anggota polis atau sesiapa ada keperluan untuk memegangnya, ia dibolehkan. 

Kalau anda berminat hendak menyumbang atau jadi sukarelawan atau pun sekadar nak melawat, bolehlah hubungi Klinik Haiwan Taqwa ini.  - CARI 
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • bluefin92

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sasakim 1-7-2019 10:58 AM
moga dimurahkan rezeki sentiasa dokte{:love
Quote SWORKS27 1-7-2019 10:58 AM
Alhamdulillah..semoga syurga tempat mu Dr Taqiyuddin..
Quote Kurex 1-7-2019 11:05 AM
Thread kegemaran bugis & kerala
Quote Malaysia.Doom 1-7-2019 11:14 AM
Biasanya Melayu yang suka bermusuh dengan anjing Dan Babi.

Dah Allah YG cipta anjing Dan Babi tu...YG ko nak marah tu buat apa.
Quote chicozinn 1-7-2019 11:19 AM
semoga dimurahkan rezeki doktor ni..btw yg kutuk2 tu cermin2kn la diri tu..at least doktor ni ade kesedaran nk kurangkan populasi kucing n anjing liar kat kawasan perumahan tu..kang kalu membiak banyak nti merempan keta kena taik la, kne cakar la tapi diri sndri xnak sama2 jaga..ni x kucing ke anjing beli kat petshop sne..pe salahnye amik kucing ke anjing jalanan pastu spay n bela?
Quote pyropura 1-7-2019 11:23 AM
Malaysia.Doom replied at 1-7-2019 11:14 AM
Biasanya Melayu yang suka bermusuh dengan anjing Dan Babi.

Dah Allah YG cipta anjing Dan Babi tu. ...

Kes bunuh monyet tu semua ngutok. Tapi bila kes lobai panah anjing dan lobai meracun hanjeng, ramai jugak yg sokong lobai tuh
Quote prettyuglybabe 1-7-2019 11:26 AM
jauh pulak klinik dia..
klu tak boleh la hantar strays kat area i ni untuk neuter..
murah juga kos dia rm150 tu..
Quote MentariSenja 1-7-2019 11:27 AM
Tahniah Dr kerana berhati mulia....pedulikan yg mencemuh tu....dunia mereka sempit....agama bagi mereka berkisar kpd tudung, sembahyang dan yg sewaktu dgn nya shj. Moga Allah murahkan rezeki Dr sekeluarga.
Quote Malaysia.Doom 1-7-2019 11:28 AM
pyropura replied at 1-7-2019 11:23 AM
Kes bunuh monyet tu semua ngutok. Tapi bila kes lobai panah anjing dan lobai meracun hanjeng, rama ...

Melayu memang hati Hitam...dengan binatang ciptaan Allah Pon diorg suka bergaduh

Corrupted Ethinic.
Quote Orix 1-7-2019 11:28 AM
Meleis yg mengutok tu haruss lah bodoh dan lembam. Anjing pn lg cerdik
Quote ifanonline 1-7-2019 11:32 AM
sebagaimana populasi binatang2 lain juga, sekiranya memberi musibah, ia perlu di kawal dgn cara membunuh...contohnya, tikus, lipas, gagak, etc...kucing dan anjing liar pun harus dibunuh sekiranya tidak di jaga oleh manusia
Quote Artemesiaa 1-7-2019 11:32 AM
Dah tanggungjawabnya sebagai doktor haiwan untuk membantu merawat semua jenis haiwan tampa pengecualian kenapa nak cemuh.  Harap dia teruskan usahanya tu dan dipermudahkan segala urusan.
Quote Lengkong 1-7-2019 11:34 AM
Tahniah doktor dan keluarga, sifat terpuji dan wajar dicontohi.


Quote leylapple 1-7-2019 11:37 AM
Malaysia.Doom replied at 1-7-2019 11:14 AM
Biasanya Melayu yang suka bermusuh dengan anjing Dan Babi.

Dah Allah YG cipta anjing Dan Babi tu. ...

nak like sesangat kenyataan nie...

dari sini dah nampak mcm mana akal fikiran seseorang tu bila berbicara tanpa ilmu
Quote electricopop 1-7-2019 11:48 AM
Sumpah x faham like bukannya jijik sangat anjing ni... Makhluk tuhan jugak kut.
Quote KIM.K 1-7-2019 11:58 AM
Disebabkan tak mandulkan sekor kucing betina, aku harini ada 9 kucing betina yang tengah membesar..
Quote RatuDunia94 1-7-2019 11:58 AM
Anjing tu kan makhluk Tuhan juga..
Quote Malaysia.Doom 1-7-2019 12:05 PM
leylapple replied at 1-7-2019 11:37 AM
nak like sesangat kenyataan nie...

dari sini dah nampak mcm mana akal fikiran seseorang tu bila ...

Berdasarkan hadis semua Haiwan liar adalah HARAM termasuk Kucing Sinnur di dalam Hadis.
Quote kakakau 1-7-2019 12:11 PM
hmmm teringin nk jadi cam doc ni

keep up the good work doc!

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.166220 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top