CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Korea Dapat Hidayah Peluk Islam Setelah Berkenalan Dengan Jejaka Kelantan

28-6-2019 10:36 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6270| Komen: 29|Original author: Oleh: intan

Bukan mudah untuk seseorang insan membuat keputusan untuk memeluk ataupun dengan kata lain menganut agama baru. Sesungguhnya, seseorang yang ingin berhijrah amat memerlukan sokongan moral daripada keluarga serta sahabat handai.

Namun, bagi seorang wanita daripada Korea yang dikenali sebagai You Narae ini, beliau tidak menganuti sebarang agama namun mempercayai kewujudan tuhan. Hasil perkenalan dengan seorang jejaka Malaysia yang berasal dari Kelantan, ternyata telah membuka hati beliau untuk mendalami ajaran Islam.

Sumber foto : BH Online
Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27, yang merupakan seorang pelajar menuntut di Universiti Korea, Seoul telah berjaya menjentik hati You Narae untuk mempelajari keindahan agama Islam. 


Menurut You Narae, beliau mengakui tentang kewujudan tuhan tetapi tidak pasti agama apa yang perlu dianut. Sejak berkenalan dengan Ryzal, ianya saya anggap seperti saluran 'hidayah' Allah kepada saya." ujarnya.

Sumber foto : BH Online
Sumber foto : BH Online
Ya, jangan kecewa ya semua, Nik Muhammad Ryzal telah bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dengan You Narae pada Julai tahun ini. Manakala bakal isteri beliau itu telah selamat melafazkan kalimah syahadah pada 1 Ramadhan lalu di hadapan Ryzal sebelum dirujuk kepada imam masjid Itaewon.

Kisah penghijrahan ini rata -rata telah mendapat perhatian warganet dan ramai mendoakan yang terbaik untuk You Narae. 

Alhamdullilah, bertambah lagi satu saudara baru

Bakal suami pun dah ala-ala KPOP
Alhamdullilah. Semoga penghijrahan ini memberi lebih makna dalam kehidupan saudara baru kita ini. -CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 28-6-2019 10:38 AM
Suami dia rambut perang tu ke?{:dot
Quote iwansa 28-6-2019 10:46 AM
bakal isteri dh dpt hidayah..si suami tu pn harap dapat le dayah tukar warna asal rambutnya itu, huduh melayu rambut warna gitu, kalau warna hite baru le kacak
Quote aderaderker 28-6-2019 10:59 AM
Yg lelaki kelate tu awat cam ada sabut sedebuk atas pala?
Quote AbukRokok 28-6-2019 11:01 AM
mmg gigih lelaki kelate memperbaiki jenetik
my hat is off to you sir
Quote kucingitam 28-6-2019 11:11 AM
haha..ni ritu aku tgk kat tv...elok je pompuan berbaju kurung, bertudung, yang lelaki gelabah kaler rambut ala korean dah kenapa.. klate is klate la..
Quote Boomibulat 28-6-2019 11:12 AM
Ok la tu.muka jantan tu pn ade iras2 penyanyi kpo.
Quote crazybeach 28-6-2019 11:23 AM
ya hampun karat nya rambut laki kau. gigih ye nak mengkoreakan diri namun tetap berwajah desa jua
Quote Lengkong 28-6-2019 11:28 AM
Alhamdulillah

Quote ainashiqa 28-6-2019 11:40 AM
Alhamdulillah.. Bakal suami dia lak nk tukar korea. Haha
Quote matchstick 28-6-2019 11:59 AM
Yg penting bakal isteri dh pandai makan budu cap ketereh
Quote aleesyasofia 28-6-2019 12:15 PM
lakinya yg rmbt perang tue ke? moga dpt hidayahlah jgk..
Quote maricruzestrada 28-6-2019 12:17 PM
shower karat
Quote Artemesiaa 28-6-2019 12:35 PM
Semoga jodoh berkekalan
Quote whadda 28-6-2019 01:00 PM
busuknye rambut laki kau.. yang pompuan tu pon klo tak bertudung nampak tak cantik.. pakai tudung tetiber nampak cantik pulak
Quote amerald 28-6-2019 01:04 PM
Isteri dah dapat hidayah
Manis bertudung
Si suami gapo rambut kaler gitu
Mcm mana nak tunjuk contoh yg baik kat isteri
Quote kroit92 28-6-2019 02:51 PM
iwansa replied at 28-6-2019 10:46 AM
bakal isteri dh dpt hidayah..si suami tu pn harap dapat le dayah tukar warna asal rambutnya itu, hud ...

loading aku kejap tadi.
wana hite ni warna apa? (aku baca hite tu, sebutannya "hait", ingatkan bahasa inggeris)
macam kite, lite, bite, site. hite?

rupanya bunyi kelantan, hitam = hite
im so noob la
Quote mohdcrow 28-6-2019 02:57 PM
sangka baik....keturunan boipren dia memang blonde kot
Quote iwansa 28-6-2019 03:16 PM
kroit92 replied at 28-6-2019 02:51 PM
loading aku kejap tadi.
wana hite ni warna apa? (aku baca hite tu, sebutannya "hait", ingatkan ...

hahaha.. maap bang, bila jawa cuba kecek kelate mmg buruk bunyi nya
Quote Asdan 28-6-2019 05:40 PM

tahniah  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top