CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemilik Superbike Sanggup Heret Motor Sebab Tak Nak Bunyi Bising Ganggu Penghuni Hostel

28-6-2019 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8823| Komen: 53|Original author: Oleh: Shimmer Shine




Bunyi bising dari kenderaan sememangnya merimaskan. Apatah lagi jika tinggal di tempat yang kebanyakan penghuninya mempunyai kenderaan sendiri lebih membuatkan suasana semakin bising. Seperti yang berlaku di Universiti Sains Malaysia ini yang mana pelajarnya banyak menggunakan motor.

Namun, akibat aduan daripada pelajar setempat, banyak pemilik motor mengambil langkah berhati-hati. Antara yang menarik perhatian ialah gambar seorang pemilik motor berkuasa tinggi mengheret motornya keluar dari penginapan. Adegan tersebut sempat dirakamkan oleh individu yang menyatakan perasaan kesalnya terhadap sikap pentingkan diri sendiri penghuni yang membuat aduan tersebut. Selain itu, dia turut memuji aksi pemilik motor berkuasa besar tersebut kerana patuh dengan arahan dan bertimbang rasa.


Kredit foto: Facebook


Menurut penghantar gambar tersebut, ianya bermula dengan bunyi bising dari motor menyebabkan ada pelajar yang tidak tahan lalu membuat aduan. Ini menyebabkan ada sesetengah pemilik motosikal sanggup membawa motosikal mereka keluar tanpa menghidupkan enjin. Sudahlah berat, dengan kawasan USM yang berbukit bukau serta cuaca panas pasti menyusahkan pemilik motor terbabit. Namun, demi patuh dengan arahan, nampaknya mereka reda.

Bagaimanapun, perlu difahami bunyi tersebut bukan sengaja dibuat-buat kerana ia cuma sekadar lalu lalang sahaja di depan kampus sahaja. Malahan bunyi motosikal berkuasa tinggi memang begitu, tetapi ia sekejap sahaja kemudian akan kembali normal. Jika mahukan suasana sepi pula, sebaiknya pindah ke perpustakaan sahajalah.

Lokasi USM, tetapi bukan merujuk artikel ini
Ramai warganet memuji sikap prihatin lelaki 'Superbike' tersebut yang sanggup menempuh kesusahan demi penghuni hostel yang lain. Sikap kejiranan ini perlu diberi kredit malahan ada yang menyatakan lelaki sebegini boleh dijadikan bakal suami kerana peka dengan sekeliling.



Sesungguhnya bertimbang rasa itu mahal harganya. Mungkin bagi pengadu bunyi bising itu sangat membingitkan. Namun jika pemilik motosikal ini sekadar menghidupkan enjin lalu beredar, rasanya itu tidak menganggu. Melainkan dia memulas minyak dan sengaja mencetus pergaduhan, ceritanya berbeza. Jadi, perlu ada tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Selain itu pemilik motosikal berkuasa tinggi ini pula memang boleh dipuji, sanggup meletakka ego ke tepi lalu menolak motornya jauh untuk menghidupkan enjin demi penghuni hostel yang lain. Alangkah indahnya jika hidup bermasyarakat mengamalkan semangat kejiranan bersama-sama? - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 28-6-2019 12:36 PM
baguslah fikirkan orang lain
Quote shernazz 28-6-2019 12:45 PM
Elok lah.
Org nak rehat bagai...dengor plak preng preng...huhuu
Quote shernazz 28-6-2019 12:46 PM
Eh..vroom vroom lah..bunyi moto besor..
Quote Artemesiaa 28-6-2019 12:50 PM
Gigihnya ler apa pun syabas sebab perihatin dengan keselesaan orang lain
Quote CiliPadiSedap 28-6-2019 12:56 PM
jangan jadi mcm motor sis vokuru motoc honda bulat cc50 , bunyi kapal terbang concorde. top speed 80km/h...
Quote VioletsAre_Blue 28-6-2019 01:06 PM
Pakai je ex5 kalau tak nak bising
Quote gummiebear 28-6-2019 01:11 PM
Bagusnya heols. Very thoughtful.
Quote seri_mawr 28-6-2019 01:19 PM
elok la dia tolak motor tu...boleh lah perasan/kenal siapa owner dia....klu dia start terus pegi tak dan nak kenal tuan....

boleh le adik2 ushar2 abag motor besar ni ha....
Quote Amigurumi 28-6-2019 01:25 PM
seri_mawr replied at 28-6-2019 01:19 PM
elok la dia tolak motor tu...boleh lah perasan/kenal siapa owner dia....klu dia start terus pegi tak ...

Hahahh..kan. Dia pun boleh senyum2 kat aweks yg lalu / kat bus stop. Hi, i ada motor besar, nak tumpang
Quote mikasa 28-6-2019 01:26 PM
Pakai exzos standard takda la bising sgt kalau setakat crusing

Quote telracs 28-6-2019 01:58 PM
CiliPadiSedap replied at 28-6-2019 04:56 AM
jangan jadi mcm motor sis vokuru motoc honda bulat cc50 , bunyi kapal terbang concorde. top speed 80 ...

Hahaha.... Honda mayat sis vokuru pun bunyi leh tahan....dah jauh ke depan 10km masih boleh dengar lagi bunyinya...
Quote wadiunong 28-6-2019 02:03 PM

barula betul namanya student Uni sebab guna akal pikiran tak pentingkan diri.

rindunya USM.
Quote Kurex 28-6-2019 02:19 PM
Macam dekat rumah aku, kereta proton saga lama, dia tukar enjin sport.. Cam hareyyy punya bunyi.
Quote Jajabeans 28-6-2019 02:19 PM
Haha teringat jiran aku budak bujang dia pun pakai superbike.asal kul 12 malam je dia stat moto memang mengganggu betul tido aku anak beranak. Aku syak dia keje shift. Redha jelah
Quote gujiwa 28-6-2019 02:21 PM
kekadang bunyi motor ni leh buat orang kena sakit jantung.. tetibe je bunyi kuat. mcm harem
Quote True-X 28-6-2019 02:21 PM
syabas USM.. student ade kesedaran sivik. dulu zaman aku masuk USM... sebijik tong sampah kt kawasan luar pon xde.. tp kawasan uni tetap bersih....

semua sampah simpan sampai hostel atau school baru dbuang

dulu student pon tolong tolak bas taw.. bas tak larat naik bukit kt tepi Desa gemilang/Klinik
Quote imransulaiman 28-6-2019 02:22 PM
USM...terus teringat char kway teow sedap Sg. Dua {:give
Quote palmolive 28-6-2019 02:24 PM
Bukan masalah motor.. Masalah gi tukar ekzos dari standard dh kenapa?
Quote lipans 28-6-2019 02:25 PM
motor besar walaupun bising kadang orng boleh consider sebab memang dah motor besar. nak buat cemana. dia punya bunyi kuat dari suara dalam.

tapi yang takleh tahan, motor kecik. modified ejos sampai bingit bunyi kepit.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.113205 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top