Aplikasi TikTok berasal daripada pengasas sama aplikasi Douyin yang dipasarkan di China. TikTok adalah aplikasi yang difokuskan untuk pasaran luar dan ia tidak tersedia bagi negara China.
Dengan adanya aplikasi popular ini, kanak-kanak dan orang dewasa pun turut terjebak. Kebanyakannya hanya bermain suka-suka sahaja. Namun begitu, anda haruslah berhati-hati jika menggunakan aplikasi TikTok ini terutamanya jika dalam waktu bekerja dan di tempat kerja. Ia pastinya menyalahi etika kerja. Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok sekumpulan jururawat menari di hospital tempat mereka bekerja di Odisha, India dalam keadaan memakai uniform kerja. Apa yang menimbulkan lagi masalah ialah mereka sedang bekerja di unit rawatan rapi neonatal bagi bayi-bayi yang pra-matang dan bermasalah atau lebih dikenali sebagai NICU.
Di dalam video yang tular itu, mereka bukan sahaja menari, bahkan terdapat seorang bayi iaitu pesakit, yang turut muncul di dalam video Tiktok tersebut. Ini terang-terangan menyalahi etika mereka sebagai jururawat yang sedang bertugas. Menurut pengarah perubatan hospital itu, tindakan lanjut telah diambil ke atas jururawat-jururawat tersebut, dan mereka telah diminta untuk mengemukakan surat tunjuk sebab di atas kesalahan mereka yang melibatkan pengabaian tanggungjawab kerana sempat merakam video Tiktok sewaktu bertugas. Pihak hospital meluahkan kekesalan di atas insiden yang telah terjadi. Semoga kejadian ini tidak akan lagi berulang di mana-mana hospital sekali pun. -CARI
|
Kurex: Ada lagi ke yg main tiktok ni? So yesterday macam bugis doom
buapakperut replied at 29-6-2019 03:42 PM
hari bawa anak iols gi inject kat kk. tetibe fire alarm set off ada asap. iols duduk dalam kete,teng ...
dua_chzy replied at 30-6-2019 06:09 AM
Adakah itu perangai sebener dokotor dan nurse yang sentiasa mintak kerja berat mureka disanjungi k ...
dua_chzy replied at 30-6-2019 06:18 AM
Depan ko tonggek bontot, aiol suudzon belakang ko tonggek bontot ONS dengan dokotor or jantan jaha ...
buapakperut replied at 30-6-2019 02:35 PM
mungkin sheols saja birah kot, dalam satu group durang selfie tu tetiba dia surang ja membelakang ...
dua_chzy replied at 30-6-2019 06:42 AM
Aiol delete komen tadi. Tetiba rasa bersalah mengaibkan ex, haha.
Aiol taip gitoh tadi, h ...
ADVERTISEMENT