CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Maut, Main Kejar-Kejar Dengan Kereta Dipandu Ibu

29-6-2019 08:33 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7611| Komen: 33|Original author: Oleh: Nia M

Ibu bapa adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak kerana anak adalah amanah. Tapi, malang sekali jika anak-anak memiliki ibu bapa yang tidak memikul amanah tersebut dengan sebaiknya.

Baru-baru ini, kecoh di Amerika Syarikat apabila seorang ibu melanggar anaknya yang berusia 3 tahun ketika sedang bermain permainan Chicken  menggunakan kenderaan SUV.

Kredit foto: KTRK
Lexus Stagg, 26 tahun, pada mulanya tidak menceritakan kepada pihak polis tentang permainan itu. Namun, hasil siasatan dari rakaman cctv lalu membongkarkan apa yang sebenarnya berlaku. 

Di dalam rakaman itu, tiga orang kanak-kanak lelaki iaitu anak kepada Lexus sedang berlari menuju ke arah kenderaan SUV itu yang ketika itu dalam keadaan mengundur kemudian maju ke hadapan semula dengan laju.


Mereka bermain permainan Chicken di mana anak-anaknya perlu mengelak dari dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya. Namun apa yang menyedihkan ialah ketika dua anak lelakinya berjaya mengelak kenderaan itu, anaknya yang baru berusia 3 tahun itu tidak sempat mengelak lalu dilanggar oleh tayar kanan kenderaan. 


Kanak-kanak malang itu sempat dibawa ke hospital namun kemudiannya meninggal dunia. Lexus ditahan oleh pihak polis dan didakwa atas kecuaiannya.

Mangsa yang berusia 3 tahun, Foto: KTRK
Peguam pendakwaraya mengeluarkan kenyataan bahawa "Kereta bukan alat mainan dan bermain Chicken dengan anak-anak awak bukanlah suatu permainan". 

Kesalahan Lexus ini boleh dikenakan penjara 10 tahun jika didapati bersalah. Sebelum ini, dia telah pun mempunyai  rekod kesalahan sehingga tiga anak perempuannya kini masih dalam jagaan pihak kebajikan. -CARI
2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 29-6-2019 08:46 AM
Kucing kkk i suka kejar kereta bila nmpk kkk balik keje.. Last2 tergelek kaki patah.. Tp bawa gi hospital la..
Pastu kkk balik x terus masuk garaj. Benti dpn umh dulu, amik kucing masuk kereta br masuk parking.
Tp skang kucing tu dah xde.. Kne kidnap.
Quote nazzse 29-6-2019 10:38 AM
26 tahun anak 6?? Perghh
Quote najib888 29-6-2019 10:58 AM
Jadi, dlm game chicken race ni sapa yg menang? Si emak ke si anak?

Dah macam Kuala Nerus dah US ni..
Quote whadda 29-6-2019 11:01 AM
bodoh bertingkat tingkat btol la mak jenis ni.. ade ke main game camni ngan anak2
Quote cmf_premierleag 29-6-2019 11:58 AM
bodohnya la kan anak beranak ni
esp maknya pun sama bodoh
Quote EvieWanKenobi 29-6-2019 12:33 PM
ni baru terbaca game sepelik ni..
Quote Nana_Man 29-6-2019 02:00 PM
Tgk muka pompuan ni mcm retarded pun ada... bongok sangat.. mcm takde mainan lain nk main ngan anak..
Quote orgsepang 29-6-2019 02:09 PM
Dia ni senang sangat ke mengandung dan beranak, macam tak fikir pun keselamatan anak2 dia
Quote sitilu 29-6-2019 02:12 PM
branak cam lipas, mati sekor buat lagi 10 ekor

bodoh tarak akal

tarak agama tuk orang bodoh tarak akal

Quote moonbug 29-6-2019 02:30 PM
Ko tak boleh ajak anak-anak ko main ibu ayam dengan musang macam orang normal je ke? Apa keperluan nak guna SUV main dengan budak bawah umur macam tu?
Quote Foxey 29-6-2019 02:34 PM
Dia ni takde permainan safe yang lain ke sampai main permainan bahaya macam ni, dengan budak2 no less. Otak letak kat lutut betul
Quote Jorja 29-6-2019 03:02 PM
Luckily Ada CCTV See no evil
Quote ikanmasin 29-6-2019 03:55 PM
game yg memudaratkan sendiri..mcm tak betul lah
pl srh anak lari sambil dikejar dgn kereta..
Quote farlis 29-6-2019 04:17 PM
Cari psl sungguh
Quote Pink_Purple 29-6-2019 04:41 PM
ingat kat malaysia                  
Quote anastasia7 29-6-2019 05:04 PM
moonbug replied at 29-6-2019 02:30 PM
Ko tak boleh ajak anak-anak ko main ibu ayam dengan musang macam orang normal je ke? Apa keperluan n ...

Dah la suv tu tinggi. Budak2 driver mmg susah nampak.
Quote CikB 29-6-2019 05:12 PM

tu lah, ingat kt msia
Quote jfq 29-6-2019 05:44 PM
Chicken challenge ke ni?
Jap lg ada ummah meleis bodow yg mengikut
Quote feez_amy 29-6-2019 07:10 PM
Otak terlupa pasang balik ke lepas tanggal semalam??

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.500466 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top