Nama Lisa Surihani sudah tidak asing lagi dalam industri seni Malaysia. Baru-baru ini, nama isteri kepada Yusry KRU ini kembali hangat diperkatakan dengan penampilan terbaru beliau yang sudah bertudung sebaik sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Kini, nama Lisa Surihani sekali lagi menjadi trending no 1 di laman maya twitter baru-baru ini (Jumaat) apabila gambar-gambarnya bersama artis dari Korea iaitu Siwon (anggota kumpulan Super Junior) tersebar di internet.
Siwon selaku wakil khas dari Korea, manakala Lisa Surihani wakil khas Malaysia meluangkan masa lebih 2 jam di sekolah berkenaan. Rata-rata peminat cemburu melihat pelajar-pelajar sekolah berkenaan dapat bergambar dengan artis-artis kesayangan ramai itu. Mengikut wakil UNICEF Malaysia, kempen #StandTogether itu bertujuan untuk memberi sokongan kepada mangsa buli dengan menyeru orang ramai bersatu dengan mangsa buli. Ianya untuk meyakinkan mangsa buli bahawa mereka tidak keseorangan. Pihak UNICEF sangat komited untuk menangani segala bentuk buli di kalangan pelajar dan memastikan mekanisme sedia ada dapat melindungi pelajar dari kesan negatif. Program ini membolehkan pelajar menyuarakan pendapat mereka mengenai apa yang berlaku di sekitar mereka, tanpa mengira umur dan jantina bagi mengekalkan kesaksamaan, keamanan dan sebagainya. - CARI |
ADVERTISEMENT