CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

JamuMall Buat Hal Lagi, Kali Ini Letak Foundation Pada Kulit Ular Pula!

1-7-2019 07:48 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 5640| Komen: 24|Original author: Oleh: Myeonir

Siapa sahaja tidak mengenali pengasas JamuMall yang sering membuat kontroversi dengan strategi pemasaran mereka yang pelik-pelik.

Contohnya baru-baru ini apabila mata tajam netizen dapat menangkap jongkong emas yang digunakan dalam sebuah video adalah palsu semata-mata.


Terbaru, semakin pelik taktik pemasaran yang digunakan apabila wanita tersebut meletakkan foundation kepada ular hidup. Apa motifnya?



Boleh dilihat menerusi video itu, wanita berkenaan tanpa rasa bersalah telah menyapu foundation kepada kulit ular terbabit sambil menerangkan keberkesanan produk tersebut.

Netizen yang melihat video itu rata-ratanya mengecam kebodohan wanita terbabit kerana menggunakan strategi pemasaran yang pelik sedemikian.



Kredit foto: Twitter

Tidak kurang juga ramai yang marah dan menyifatkan wanita itu telah menyeksa haiwan tersebut kerana dikatakan ular bernafas menggunakan kulitnya, jadi hal ini mungkin memudaratkan haiwan itu.


Kredit foto: Twitter

Kalau nak tarik pelanggan sekalipun, biarlah berakal sedikit taktiknya, kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 1-7-2019 08:18 AM
Harap ular tu geget kepale dia. Awatla tak kena tangkap lagi? Haritu duit pelsu.. Laa ni boh foundation kat ular hidup pulak! Ade masalah mental ke ape ni??
Quote EvieWanKenobi 1-7-2019 09:02 AM
kulit reptilia mana sama dengan manusia..??
Quote Kurex 1-7-2019 09:13 AM
Demi sesuap viral.
Aku harap maharani naagin telan dia hidup2
Quote haryatie 1-7-2019 09:58 AM
berani lg ke org beli barang dia kalau da dia pun sewel mcm ni
Quote RatuDunia94 1-7-2019 10:32 AM
Bodohnya org yg beli barang dgn deols ni.. produk pon timbang kilo semuanya..
Quote ainashiqa 1-7-2019 10:36 AM
Kejamnya dia ni.otak letak mana la
Quote kucingitam 1-7-2019 10:38 AM
ada juga ke yang hadap produk mcm gini?
Quote matbad 1-7-2019 10:51 AM
Pemasaran cnfrm dia belajar kat dato alip..pelik2 kan org suka..lgi org kutuk lagi org pegi cari produk dia..usha2 terbekenan beli..contoh la mcm acik murahan kak km tu..bgi dorang "bodohkan diri sendiri masyuk"..
Quote chicozinn 1-7-2019 11:13 AM
tolong la minah ni kne tangkap sebab cetak duit palsu n animal abuse..da la blajar marketing bodo ni..please pihak berkuasa tolong amik tindakan seketat-ketatnya utk elakkan wang kertas palsu berleluasa lak pasni n haiwan liar makin pupus dek kebodohan manusia cm cikki birah ni
Quote elaisyah 1-7-2019 11:38 AM
Edited by elaisyah at 8-5-2023 12:46 AM


--------------
Quote Queenmastani 1-7-2019 01:58 PM
Maana PETA Malaysia???  Tkkaan nk nganga je tgk pprt ni abuse ular
Buat report then suruh byr kompaun!!!!
Quote ikanmasin 1-7-2019 02:52 PM
takde maknanya buat contoh mcm tu..akk tgk ada
yg muka mmg nampak teruk beketul2 jerawat tepek
jg mmg la tutup gitu tp nampak kasar jg.tepek tebal2
lg lah pelik..tlg lah jangan terpedaya krim2 mcm ni
Quote Artemesiaa 1-7-2019 03:28 PM
Harap tak ada yang tertipu dan terpengaruh olehnya
Quote luluaurora 1-7-2019 03:48 PM
Cheap marketing
Quote Rorra 1-7-2019 04:00 PM
Siapa yang beli produk dia memang...hmmm. Selain foundation, dia jual juga produk kurus,  sapu terus kurus. Tak faham kenapa masih ade yang beli sedangkan mana boleh terus sapu krim dekat kawasan berlemak terus kurus? Lemak tak boleh cair dengan janya sapu krim. Paling sedihnya kebanyakkan yang komen nak beli,orang Melayu. So yea
Quote Rorra 1-7-2019 04:06 PM
Tak faham kenapa orang kita ni masih ada yang komen nak beli produk dia padahal dah terang lagi bersuluh produk timbang kilo. Selain foundation, dia ni ada juga jual krim kurus kononnya sapu terus kurus padahal tak ada satu kajian perubatan pun yang mengatakan kalau kita sapu dekat tempat berlemak boleh kurus. Lemak tak boleh cair disebabkan krim sapu. This shows how bloody ignorant some local product founders are!
Quote Fleur81 1-7-2019 04:43 PM
Kejamnya..kesian ular tu
Quote anakmakk 1-7-2019 06:29 PM
Otak letak mana letut ke? Haish.. Kesian ular tu
Quote pearl.silver 1-7-2019 08:50 PM
Org skang lagi nak cari product yg no animal tested
Dia ni mundur 30tahun kebelakang dah ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047041 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top