|
Ramai memberikan reaksi terhadap tindakan vandalisme mencoteng mural potret arwah anggota bomba Muhammad Adib di Shah Alam baru-baru ini.
Hal tersebut turut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak waras dan tidak rasional. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid, sebagai rakyat sebuah negara membangun tindakan kita seharusnya selalu rasional. “Jika tidak berpuas hati dengan pihak tertentu, ia (menconteng mural) bukanlah cara atau tindakan yang betul untuk meluahkan perasaan. “Jika masih berkelakuan perkara sedemikian, anda seolah-olah tidak mempunyai arah tujuan.
“Bertindaklah seiring dengan status negara maju,” ujarnya kepada pemberita Bernama. Gambar kejadian vandalisme itu mula ditularkan di alam maya sejak Jumaat lepas. - CARI
|
Vokuro replied at 1-7-2019 04:11 PM
Adib ni dah macam tuhan berhala di kalangan orang Melayu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.322757 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.