Pelakon Amyra Rosli melakukan kejutan sempena hari jadi Amar Bahrin yang ke-34 tahun. Apa agaknya ya? Wah, katanya mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Alhamdulillah! Pasti ramai peminat yang turut teruja.
Berita gembira itu dikongsikan melalui Instagram sebentar tadi. Suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin meluahkan rasa syukur dengan hadiah hari lahir yang paling bermakna dalam hidupnya. "Hadiah paling best daddy dapat untuk birthday yang ke-34. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini," tulisnya. Amyra dan Amar telah bernikah pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 15 Oktober 2017 bernama Aqeef Anaqi. Semoga kehamilan anak kedua ini berjalan lancar dan dipermudahkan. - CARI |
chicozinn replied at 1-7-2019 03:14 PM
tahniah..tahun ni memng musim org preggy kot..even org2 sekeliling meollss pun preggy..meollss je lo ...
ADVERTISEMENT