CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Ladyana Tidak Kisah Dipanggil "Andartu"

3-7-2019 06:24 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 26594| Komen: 141|Original author: Oleh: Top5

Intan Ladyana kini sudah berusia 34 tahun namun dia masih lagi belum berkahwin dan tidak mempunyai kekasih. Kebiasaannya wanita pada usia 20-an sudah memiliki dua atau tiga orang anak. 

Intan Ladyana lebih memilih untuk tidak berkongsi tentang hal peribadi kepada umum. Intan berkata dia akan membuka mulut serta memberi komen apabila sudah sampai waktunya.

Foto IG

Memetik laporan Gempak, Intan tidak kisah sekiranya sampai sekarang dia tidak mempunyai kekasih kerana soal jodoh itu di tangan Tuhan.
"Ada atau tidak (kekasih), biarlah masa yang menentukannya.
Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan membuka mulut berkongsi kepada umum mengenai perkara ini. 

Buat masa ini, tidak ada apa-apa yang perlu saya katakan."

Sudah diketahui umum, Intan memang tidak suka berkongsi kisah peribadi kepada umum, memang jarang sekali kita melihatnya mencetuskan kontroversi sejak kali pertama berada dalam bidang hiburan. 

"Memang dari dulu lagi saya kurang gemar berkongsi hal peribadi. Bagi saya, cerita peribadi adalah hanya untuk saya," katanya kepada Gempak.


Intan sekarang sangat sibuk dalam kerjaya lakonan dan sering menghadiri pelbagai majlis dan acara.

"Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa malah masih menerima tawaran berlakon. Sebelum Ramadan lalu saya menjalani penggambaran untuk telefilem Antara Dua Deru. Saya juga masih diundang menghadiri pelbagai majlis atau acara," katanya lagi.

Semoga Intan Ladyana menemui jejaka pilihannya tidak lama lagi. Biar lambat asalkan tidak tersalah pilih betul tak? - CARI 

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote groundfloor 3-7-2019 06:39 PM
Semoga happy selalu...
Quote minahrecon 3-7-2019 06:46 PM
Bukan dulu....dia tggalkan Kamal adli sbb xserius dgn die ke....smpai si Kamal adli melutut pujuk die...
Quote TerataiMelur02 3-7-2019 06:53 PM
lama jugak kan b'cinta ngn kamal tu,
intan ni cantik, manis je mukanya..i likeee
Quote CiliPadiSedap 3-7-2019 06:59 PM
pipi intan dari dulu ada pau kan, sebab tu kaka die hard fans dia, kt rumah kaka ada poster sailormoon
Quote truesonic 3-7-2019 07:18 PM
Dia bukan dah 40 ke?
Quote doubleA 3-7-2019 07:28 PM
Takpe intan. Definisi kejayaan wanita zaman kini bukan rumah tangga je. Ada jodoh nanti ada la, kalau belum sampai lagi pun kehidupan dan kerjaya kena diteruskan. Cuba capai benda lain dulu, yg lain akan datang bila masanya tiba. Btw iols pun suka tengok intan comel je dia
Quote gebugebas 3-7-2019 07:30 PM
34? Mcm xcye je..die dgn kamal pon die lgi tua dlu.. skrg kamal Pon dh umo brpe..xkan die masih 34 lagi
Quote munchkin 3-7-2019 07:32 PM
Tiada kekasih hmmm ye ke???

Ada retis yg nak kahwin tapi tiada restu keluarga hujung berpisah sebab tak ngan ngan mil dan sil. Yg laki pun kalau tiada restu let go jelah. Kisah ni takde kena mengena ngan tajuk or retis ini tapi selit kat sini.
Quote missycutie 3-7-2019 07:33 PM
Umur dia 37 tahun lah. Lahir 1982
Quote Ivysaur 3-7-2019 07:38 PM
Rilek la intan jadi andartu kaya takpe, lawa pulak tu
Quote bambimo 3-7-2019 07:41 PM
dulu dia dgn kevin eye candy sgt..
37 dah dia...sabar ye intan u lawa la
Quote elaisyah 3-7-2019 07:47 PM
Edited by elaisyah at 8-5-2023 12:03 AM

-----------------------------------
Quote bedahmenjuyah 3-7-2019 07:55 PM
Ya ke 34. Kamal dah 33 rasanya tahun ni. Bukan ke intan jauh lebih berusia dari kemal deli
Quote Atata 3-7-2019 08:10 PM
gebugebas replied at 3-7-2019 07:30 PM
34? Mcm xcye je..die dgn kamal pon die lgi tua dlu.. skrg kamal Pon dh umo brpe..xkan die masih 34 l ...

Kan? Bukan dia 1982?
Quote prettyuglybabe 3-7-2019 08:14 PM
biar la jadi andartu janji happy je hidup..
dari jadi bini tapi merungut laki gitu gini..
lom lagi kena bertungkus-lumus kerja cari duit sama-sama..
ujung-ujung laki relax beli apa-apa..
dia nak beli baju selai pun dok berkira..
Quote Sham143 3-7-2019 08:27 PM
Semoga diketemukan jodoh yang baik dan beriman...Amiin..
Quote violetungu 3-7-2019 08:29 PM
suka tgk intan cantik manis kurus..sejuk mata memandang.perfect
Quote matchstick 3-7-2019 08:37 PM
Gmbr belah kiri tu nmpk kertu dh sheols.. Mgkn kurang filter
Quote airisa 3-7-2019 08:39 PM
masa dia dgn kevin zahari tu ... sgt2 sweet .. they met masa shooting iklan ke apa ke ..

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.082069 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top