CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Pintar, Buka Pintu Hanya Pakai Kad Pengenalan Dipuji Warganet

1-7-2019 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9755| Komen: 67

Siapa sangka pintu dapat dibuka tanpa kunci dan hanya menggunakan kad pengenalan?

Itulah yang berlaku apabila sebuah video tular menunjukkan sekumpulan pelajar matrikulasi berjaya menghasilkan alat membuka pintu tanpa menggunakan sebarang kunci itu. 


Kredit foto: Twitter

Menerusi video tersebut, pelajar itu dilihat membuka pintu sebuah bilik dengan hanya menggunakan kad pengenalan. 

Dapat dilihat beberapa komponen seperti bateri, power bank,  kabel dan pelbagai peralatan elektronik lain dilekatkan pada bahagian hadapan dan belakang pintu berkenaan. 

Hal tersebut menyebabkan para warganet berasa kagum seterusnya memuji kepintaran remaja berkenaan. 



Mereka turut berharap potensi remaja ini dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 

Video yang tular di laman Twitter itu dikongsi lebih 12,000 pengguna. Memang hebat betul! - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suiskipas 1-7-2019 02:21 PM
Ya ampunnn...tu pon kene puji ke. Aku dah guna method ni lebih 20 tahun dah kalau kunci tertinggal. Mudah terhibur nye netizen skrg
Quote Kurex 1-7-2019 02:22 PM
Aku selitkan kad dekat celah pintu tu lepas tu tolak kebawah.. Terbukak jugak..
Apapun, hitam manis adik ni..
Quote apitkl 1-7-2019 02:26 PM
suiskipas replied at 1-7-2019 02:21 PM
Ya ampunnn...tu pon kene puji ke. Aku dah guna method ni lebih 20 tahun dah kalau kunci tertinggal.  ...

hang tgk video ke x...cara yg hg guna tuh utk pecah masuk bolehlah

Quote helicornia 1-7-2019 02:31 PM
kenapa guna mykad? kang patah tak pasal kena denda dgn jpn.kan byk lagi kad yg bole guna
Quote Boomibulat 1-7-2019 02:41 PM
suiskipas replied at 1-7-2019 02:21 PM
Ya ampunnn...tu pon kene puji ke. Aku dah guna method ni lebih 20 tahun dah kalau kunci tertinggal.  ...

Dulu pakai kad prepaid tm touch kan..hahaha
Quote jeanlouisfinch 1-7-2019 02:43 PM
Effort A lah adik ni... Boleh unlock guna phone tak? Tanya je...
Quote Vokuro 1-7-2019 02:56 PM
Rumah akak auto lock and unlock jah. Dah sampai rumah within range wifi or Bluetooth auto unlock. Kalau terlupa lock pun boleh set berapa minit untuk dia auto lock. So??
Itu belum.lagi nak cerita akak boleh lock unlock pintu rumah remotely guna ponsel
Quote Artemesiaa 1-7-2019 03:04 PM
Bukan teknology baru pun kebanyakan hotel pun guna kad untuk buka pintu.  Di Korea contohnya guna assess kod je untuk buka pintu tampa guna apa2 kad atau kunci lagi mudah.  Hanya kat Malaysia je yang masih ramai guna kunci untuk buka pintu.
Quote kucingitam 1-7-2019 03:12 PM
kau hidup zaman bila ni dik..kitorang kat sini sebelum wujudnya pon sel dah terer buka pintu guna kad..
Quote FailFish 1-7-2019 03:12 PM
Artemesiaa replied at 1-7-2019 03:04 PM
Bukan teknology baru pun kebanyakan hotel pun guna kad untuk buka pintu.  Di Korea contohnya guna as ...

kat malaysia ni ramai shallow minded
tak pakai kunci means tak kuat
rumah pun mesti nak pakai batu bata
material lain nanti roboh la apa la
tengok la pm pun nak yg old school pakai balik pm ke 4

Quote uda 1-7-2019 03:14 PM
Nampak wiring kat luar pintu tu. Senang aje lah pencuri nak masuk. Potong aje wiring tu and pintu akan terbuka
Quote paz 1-7-2019 03:16 PM
Wow hebat adik. Pencapaian yang bagus.
Quote Supersirap 1-7-2019 03:16 PM
Apa pun komen, saya ucapkan tahniah kepada mereka dengan kreativiti yang ada
Quote ikanmasin 1-7-2019 03:46 PM
terlebih bijak bdk2 skrg..gunalah
ke arah kebaikan gitu...
Quote jazaa100 1-7-2019 03:53 PM
Edited by jazaa100 at 1-7-2019 03:58 PM
suiskipas replied at 1-7-2019 02:21 PM
Ya ampunnn...tu pon kene puji ke. Aku dah guna method ni lebih 20 tahun dah kalau kunci tertinggal.  ...


Kesian kau.....

Tu cara penyangak pecah rumah lah....ni dia buat system yg blh recognise ic yg dah di set up kannn.
Quote edoraixora 1-7-2019 03:54 PM
ni bukan citer bukak pintu pakai kad sebab terlupa bawak kunci
ni ala2 invent new system gitu....
Quote bintangct 1-7-2019 05:09 PM
Vid dh kena block ke Dh xdpt tgok
Quote aleesyasofia 1-7-2019 05:10 PM
bagus budaknya..
Quote dino 1-7-2019 05:12 PM
suiskipas replied at 1-7-2019 02:21 PM
Ya ampunnn...tu pon kene puji ke. Aku dah guna method ni lebih 20 tahun dah kalau kunci tertinggal.  ...

ko nih tgk video ke tak?
btw budak skrg bertuah..  tutorial online byk....  nak kreatif jah

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055536 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top