Apa yang akan dilakukan ketika mendapati minuman kegemaran anda mempunyai harga berbeza setiap kali anda membelinya? Tular di laman Twitter seorang lelaki yang dikenali sebagai Gana, dia ternyata berasa marah apabila minuman isotonik yang dibelinya sentiasa berubah harga setiap kali membelinya di kedai berlainan.
Gana bertindak menampal resit minuman isotonik itu di wajahnya sebagai tanda protes terhadap situasi yang berlaku. Dapat dilihat menerusi foto tersebut, Gana terpaksa membayar harga RM2.40 hingga RM4.90 bagi sebotol air isotonik 1.5 liter. Aduan lelaki ini turut menarik perhatian warganet yang memberi pelbagai reaksi.
"Perkara ini tidak berlaku jika anda menggunakan Hargapedia," seorang warganet memberikan tips untuk membandingkan harga pelbagai jenis barangan. Ada juga yang mempertikaikan tindakan Gana dan menganggap ia sebagai satu perkara mudah yang sengaja diperbesar-besarkan dan menyusahkan. "Pakcik boleh stop mengada-ngada." Apa pula pendapat anda? - CARI
|
minuman isotonik yang dibelinya sentiasa berubah harga setiap kali membelinya di kedai berlainan
sarahmirza replied at 1-7-2019 07:47 PM
Sama la macam beli Milo 2kg...
Beli kat kedai runcit biasa sampai 35-36 ringgit.
Beli kat Tesco la ...
ADVERTISEMENT