Berniaga memang susah, apatah lagi kalau kita ni bukan orang keturunan senang kaya yang boleh laburkan berjuta-juta macam tu je sebagai modal. Ada je orang biasa yang boleh kaya berniaga, tetapi itu pun berapa kali lah jatuh bangun muflis merempat bagai kan.
Berlainan pula dengan orang yang memang keturunan kaya yang berniaga, susah-susah mereka pun kabel dan network kuat. Begitulah pandangan seorang pengguna Facebook yang mempertikaikan sanjungan terlalu tinggi terhadap pengasas dUCk dan Fashion Valet, Vivy Yusof. Sebab nak tahu betul ke hebat sangat, dia pun buatlah kajian sikit. Cara paling senang masuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan minta maklumat syarikat. Dan dia terkejut la bila dapat tahu yang Fashion Valet ni dapat pelaburan daripada PNB, tapi yang dia tak puas hati adalah Fashion Valet ni walaupun nampak gah sebenarnya rugi RM10 juta! Marahlah dia sebab PNB kan syarikat berkaitan kerajaan yang uruskan ASB, ASN dan segala macam amanah saham yang rakyat Malaysia duk simpan melabur tu. Pendek kata, PNB beri duit rakyat untuk pelaburan dalam Fashion Valet, tapi syarikat ni rugi. Mungkinlah RM10 juta tu tak banyak mana untuk orang kaya, tapi untuk orang biasa RM10 juta tu boleh buat makan tujuh keturunan. "Dalam bisnes, biasanya rugi ini ada 2. Pertama RUGI BETUL, kedua BUAT-BUAT RUGI. "Disebabkan beliau dikatakan seorang usahawan yang hebat, aku lebih cenderung kepada pandangan dia buat-buat rugi. Atau bahasa Bisnesman Umno zaman dulu, CASH OUT! "Cash out ini boleh dilakukan melalui gaji yang tinggi dan menjadikan diri sendiri supplier kepada syarikat sendiri. Walaupun syarikat utama rugi, tetapi owner kaya raya disebabkan gaji dan bayaran balik sebagai supplier," kata pengguna Facebook itu. Ada betul jugak kan? Menurutnya lagi, kerugian ini mungkin disebabkan "overhead yang terlalu tinggi, lavish expenses untuk melakukan branding, dan cashflow management yang gagal." Akhirnya, dia berpesan yang kita kena selalu check semua info yang kita dapat. Tak semua benda dalam internet ni boleh percaya. Sama ada betul atau tak, kita tunggu jerlah macam mana kan. - CARI |
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:31 PM
Mcm mana boleh dpt detailed info company tu? Mmg org awam boleh check jer dgn ssm ke?
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 11:55 AM
anak-anak itik dia je dok vivy vivy vivy..
sampai ikat perut nak beli duck..
orang tu makin kaya h ...
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 12:43 PM
boleh je dapat info tapi ada la bayaran..
bukan free..
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:53 PM
Oo gitu.. “bayaran” tuh legal ke under table? Sori uols byk pulak soalan i hehe
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:52 PM
Anak itik dakies berabis. Lisa surihani baru announce nak pakai tudung terus dpt free sedozen dari ...
ADVERTISEMENT