Kelab bola sepak terkemuka dunia, Manchester City kini memperkenalkan jersi baru mereka bagi aksi di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menghadapi saingan musim 2019/2020.
Kali ini jenama PUMA telah menggantikan NIKE sebagai pembekal jersi Manchester City dengan kontrak selama 10 tahun yang mencecah $650 juta (RM3.4 bilion). Rekaan jersi ini dikatakan mendapat inspirasi daripada bekas kelab malam legenda yang sangat popular di bandar Manchester sekitar era 80-an dan 90-an, The Hacienda. Bagi rekaan jersi untuk aksi di tempat lawan, warna hitam dipilih sebagai warna latar dengan jalur kuning di bahagian bahu atas, yang merujuk kepada ikon bagi identiti kelab malam tersebut. Penambahan warna biru City dan peach menyerlahkan lagi rekaan jersi bagi pasukan yang menjadi nadi kepada bandar Manchester. Jersi-jersi ini boleh didapati melalui laman puma.com, mancity,com dan kedai-kedai lain seluruh dunia. Apa pendapat anda? - CARI |
Boomibulat replied at 11-7-2019 03:05 PM
Launch kat kelab malam ke?
ADVERTISEMENT