|
Apa perasaan anda tempat yang dulunya menjadi lokasi kegemaran untuk bergambar dirosakkan dengan budaya rempit? Bumbung Sunway Carnival Mall Seberang Jaya dahulunya menjadi tempat kegemaran anak muda bergambar kini dikatakan dipenuhi golongan rempit dan 'sotong'. Bukan itu saja, seorang pengguna berkongsi video di atas bumbung bangunan berkenaan yang kini menjadi port panas anak muda yang tiada arah untiuk berkumpul dan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti menari. Ramai juga warganet terutama dari Pulau Pinang meluahkan rasa kecewa berhubung kejadian itu dan berasa jijik melihat dua individu itu terkinja-kinja menari bagai cacing kepanasan. Malah, ada yang mempersoalkan fungsi pengawal keselamatan di situ. Namun, seorang individu mencetuskan tanda tanya apabila dia dilihat menadah tangan seolah-olah sedang berdoa. Baca doa sebelum rave ke tu? Aduhai, apa nak jadi dengan anak muda hari ini? Kalau yang budak-budak lagi tu, mungkin la ingin mencuba benda baru kan. Persoalannya yang dah besar panjang tu, tak ada kerja lain ke? - CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:48 AM GMT+8 , Processed in 1.789583 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.