CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Banyak Kali Cakap Tak Nak Dengar" - Rohana Jalil Komen Baju Kilafairy

2-7-2019 02:40 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 17601| Komen: 72|Original author: Oleh: SakuraJo

Kontroversi yang melanda pelakon Kilafairy kerana berpakaian terlalu ketat dan juga seksi nampaknya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah reaksi ibunya, penyanyi Rohana Jalil.

Memetik Astro Gempak, Rohana berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kecaman terhadap anaknya itu. 

Foto: IG

"Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.

"Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap.

"Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini," katanya kepada Gempak. 


Berkenaan komen-komen negatif dan juga kritikan yang diterima anaknya, Rohana berkata tidak mahu mengambil pusing hal tersebut.

"Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah.
 
"Rahsia saya kekal sihat pada usia 64 tahun ini pun kerana sejak dulu tidak suka fikir masalah.


"Saya selesa gembira selalu dan fikir positif. Kalau bergaduh dengan orang lain pun, saya selalunya cepat lupa," katanya.  


Dalam pada itu, Kila mengakui bukannya ibu bapa tidak pernah melarangnya berpakaian begitu, namun dirinya sendiri yang berdegil.

"Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga," ujarnya.

Jadi apa pula pendapat anda? - CARI 


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 2-7-2019 02:47 PM
Dah macam patung yang kat supermarket tu gambor si Killa ni
Quote Kurex 2-7-2019 02:47 PM
Konsep rohana jalil ni macam lagu dia jugak la..
"aku insan yang lemah hanya mampu berserah".
Dah malas nak tegur anak dia
Quote qistiena 2-7-2019 02:49 PM
lain macam plak tgk muka kak ana nie
Quote ad_hoc79 2-7-2019 02:51 PM
makin cantik lah rohanan jalil ke kila edit melampau beno
Quote EvieWanKenobi 2-7-2019 02:51 PM
dagu aunty tajam betul..
Quote boojaat 2-7-2019 02:52 PM
Muka rohana jalil nampak lainnn
Quote kucingitam 2-7-2019 02:54 PM
lain betul teknik solekan aunty rohana...
Quote cikatilia 2-7-2019 02:56 PM
qistiena replied at 2-7-2019 02:49 PM
lain macam plak tgk muka kak ana nie

sbb kita dah biasa muka dia mcm gini kan


tup2 now gojes mcm org lain plak naa
kejang je wajah itu
Quote mawarika 2-7-2019 03:05 PM
Kila in real muka tak sama gambar wakakaka ini serious
Quote Nana_Man 2-7-2019 03:09 PM
Anak beranak rupanya... baru tau... nk buat camner kalau degil..
Quote mamaida28 2-7-2019 03:10 PM
ank zaman sekarang..dia org nak mcm mana yg diminta, kita sbg mak bapak dah bg tau apa baik dan buruk..x mau dgr atau ambik mudah..biarkanlah..nak rasa akibatnya..silakan..esok lusa jgn menyesal..
Quote starzbites00 2-7-2019 03:10 PM
Bukan je in real muka tu x sama dlm gmbar malah tgk kt tv pun nmpk lain... maknye makcik rohana ni pun lain btul la muka dri dlu ngan skg...
Quote kokocrunch 2-7-2019 03:13 PM
lain dah rupa acik Rohana..
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 03:15 PM
selagi boleh tayang, tayang je la..
apa pun, nak tegur nak didik masa rebung bukan masa dah jadi buluh betong..
Quote cikdonat8 2-7-2019 03:16 PM
takpela..
asalkan dah tegur anak..

Quote tuberoses 2-7-2019 03:19 PM
lain mukanya, teknik solekan ka teknik cucukkan
Quote armin 2-7-2019 03:23 PM
We stan unproblematic celebs. Budak2 muda biasala degil. Tp muda ke kila fairy haha
Quote Boomibulat 2-7-2019 03:45 PM
Macik nasihat dgn ikhlas dahla.klu dia xdgr x dosa dah psl maciik dh jalankan tanggungjawab
Quote LostStar 2-7-2019 04:03 PM
cikatilia replied at 2-7-2019 02:56 PM
sbb kita dah biasa muka dia mcm gini kan

Serius laaa wajah lama sebegini..

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052836 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top