|
Sumbang mahram dengan darah daging sendiri. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di derah Bulukumba, Sulawesi, Selatan Indonesia. Dia didakwa menikahi adik bongsunya yang sedang hamil empat bulan setelah mereka menjalin hubungan intim.
Perbuatan mereka terbongkar apabila isteri lelaki tersebut menonton video pernikahan berkenaan dan memperoleh dokumen sah pernikahan suami dan adik iparnya dari keluarga mentua. Isterinya segera bertindak membuat laporan polis. "Saya harapkan keadilan dan meminta hukuman berat dikenakan dan menangkapnya," katanya.
Sementara itu, abang lelaki tersebut mahu tindakan tegas dikenakan kepada kedua-dua adiknya itu kerana perkara tersebut dilarang keras agama. Menurut beliau yang mempunyai tujuh adik-beradik, lelaki itu adalah adik ketiga yang menikahi adik kandungnya yang paling bongsu. Apabila nafsu menguasai fikiran, nilai moral dan agama diketepikan.- CARI Sumber : Sinar Harian |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.371473 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.