CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Cleaner' Kerja Bagai Nak Gila Tapi Gaji Sikit Ja

3-7-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13061| Komen: 87|Original author: Oleh: Shimmer Shine



Pernahkah anda melihat kerja yang dilakukan oleh pekerja pembersihan secara dekat? Bagaimana ianya dilakukan bermula seawal pagi sehingga lewat petang serta melibatkan beberapa kawasan atau tingkat. Sudahla bau sampah, terpaksa mengheret plastik yang berisi air membuatkan ianya berat namun terpaksa jua dilakukan demi tugas. Betapa besarnya pengorbanan mereka yang juga dipanggil 'cleaner' ini.

Seorang warganet menyeru pihak berkenaan supaya menaikkan gaji golongan ini. Maklumlah bukan calang-calang orang yang boleh mengendalikan tugas 3D (Dirty, Dangerous and Difficult)  ini melainkan kerana mereka benar-benar memerlukan sumber pendapatan. Namun, ianya hanya dipandang sebelah mata kerana beranggapan kerja ini tidak lah sesukar mana berbanding kerja profesional lain.

Persoalannya, dengan gaji yang tidak sampai RM1,000 dengan beban kerja berat, sanggupkah yang berkata-kata itu melakukannya?


Kredit foto: Twitter

Menurut Caa, tidak ramai yang mahu bergelumang dalam kerja sebegini kerana ia melibatkan sisa kekotoran dan benda busuk. Namun mereka melakukannya tanpa merungut membuatkan ramai yang tidak sedar kepenatan yang mereka alami itu.

Malahan jika kita sendiri membuat kerja rumah sekalipun akan berasa bengang apabila ada yang menyepahkannya, jadi bayangkan situasi yang terpaksa di lalui oleh 'cleaner' ini jika mendapat layanan warga yang tidak bertamadun. Jadi, usulnya supaya menaikkan gaji mereka adalah bertepatan dengan beban kerja yang mereka alami.

Kenyataan itu disokong oleh warganet lain yang mendedahkan bahawa ibu mereka adalah 'cleaner'. Dengan gaji yang cuma naik beberapa ringgit sahaja setahun, ianya diterima tanpa bantahan. Sementelah lagi apabila dimarahi oleh majikan kerana kesilapan kecil juga sudah lali di telinga mereka.


Kredit foto: Google

Statistik ini mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran pekerja berkolar biru.  Walhal, jika bekerja sehingga 16 tahun, gaji yang diperolehi sepatutnya meningkat lebih banyak dari yang mereka perolehi sekarang. Hanya kerana golongan ini tidak bersuara, maka senang sahaja pihak berkenaan menggunakan kuasa autokrasi.

Seterusnya kenyataan yang mengatakan orang Melayu tidak mahukan kerja yang penat dan 'underpaid' adalah tidak tepat. Ini kerana masih wujud golongan yang mahu mencari sesuap nasi ini. Ia diakui oleh anak-anak 'cleaner' yang kini semakin dewasa. Berasa luluh dengan layanan orang yang tidak bertimbangrasa terhadap ibu mereka. Tempatkan diri kita pula di tempat mereka.

Kredit foto: Google

Mungkin untuk mendesak pihak berwajib bagi menaikkan gaji mereka agak sukar, tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah bantu meringankan kerja mereka dengan meletakkan sampah di tempat sepatutnya. Selain itu, boleh juga bertegur sapa dengan mereka, berbual dan jika ada rezeki lebih, sedekahkah makanan kepada mereka. InsyaAllah, ada doa yang terselit dalam hati mereka. - CARI
6

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 3-7-2019 12:26 PM
Ala korang kalau nampak cleaner kat mana2 especially tmpt kerja korang tu.. hulur2 la sikit kalau rasa kesian..
Quote AbukRokok 3-7-2019 12:31 PM
emmm naik gaji?
nti akan menaikkan inflasi
pekerja2 lain pun akan tuntut naik gaji

akhirnya harga brg servis akan meningkat selaras dgn peningkatan gaji
Quote prettyuglybabe 3-7-2019 12:53 PM
apakah golongan yang sama merungut bila servis cuci rumah mahal or maid minta gaji tinggi?
Quote grouper 3-7-2019 12:56 PM
Nanti semua nak jadi cleaner klau gaji tinggi sape nak jadi doktor n engineer
Quote CiliPadiSedap 3-7-2019 12:57 PM
the best way garu poket sedekah. Z

the shit way complaints and not contribute to cleaner.
Quote ninja boy 3-7-2019 01:03 PM
Kunun
Robot akan ambilalih tugas
baru padan muka takdak kerjaa manusia.
Meh order robot penyapu robot cuci tingkap robot Potong rumput Potong rambut basuh kereta masak tong sampah berjalan sendiri kutip sampah
Quote pichee 3-7-2019 01:04 PM
Bkn masalah cleaner gaji ckit..tp contractor yg handle tu tamak. Nk untung jd kecik kn margin...

Mmg slalu mcm tu..kdg contractor dpt contract ratus ribu tetap ckp x cukup sbb margin utk top management tgi smpi kt cleaner .manpower..mmg hadap la gaji kecik
Quote yuki812 3-7-2019 01:07 PM
nanti anak2 tak nak belajar rajin2 pulak..

tapi kita boleh bantu diorg dengan sikap kita sendiri yg rendah diri..
takde diskriminasi..bagi bantuan ke..share makanan ke..

mcm iols pg ni, dok menyepray perfume wangi satu bdn.
tetiba masuk cleaner..tegur..wanginya..dia tanyer beli mana ape sume..
terus iols bagi je lah perfume tuh..
takpelah..rezeki dia..
Quote Atata 3-7-2019 01:11 PM
prettyuglybabe replied at 3-7-2019 12:53 PM
apakah golongan yang sama merungut bila servis cuci rumah mahal or maid minta gaji tinggi?

Definately not. Sebab dorang faham perasaan org terdekat ngan dorang yg kerja sbg cleaner tp earning ciput
Quote Atata 3-7-2019 01:13 PM
yuki812 replied at 3-7-2019 01:07 PM
nanti anak2 tak nak belajar rajin2 pulak..

tapi kita boleh bantu diorg dengan sikap kita sendiri  ...

Alhamdulillah...
Quote palmolive 3-7-2019 01:19 PM
pichee replied at 3-7-2019 01:04 PM
Bkn masalah cleaner gaji ckit..tp contractor yg handle tu tamak. Nk untung jd kecik kn margin...

...

boss kontraktor dpt first payment dh berangan nak tukar kereta baru..hehehe
Quote pichee 3-7-2019 01:26 PM
palmolive replied at 3-7-2019 01:19 PM
boss kontraktor dpt first payment dh berangan nak tukar kereta baru..hehehe

Standard la tu kn..pastu mula la pyment kt acik cleaner hold nk dkt 3 bln..dgn alasan ckp company x byr. Pdhl acik cleaner kne tipu

Slalu mcm tu...nk x nk..acik cleaner kne la lari dr tmpt kje dh x byr gaji. Bos tetap kaya  sbb xyah byr gaji cleaner 3 bln tu..

Quote palmolive 3-7-2019 01:28 PM
pichee replied at 3-7-2019 01:26 PM
Standard la tu kn..pastu mula la pyment kt acik cleaner hold nk dkt 3 bln..dgn alasan ckp company  ...

cleaner patut ngadu ke client kontraktor tu..kasi dia kena black list..xde lg dapat job kt memana tempat..
Quote pichee 3-7-2019 01:34 PM
palmolive replied at 3-7-2019 01:28 PM
cleaner patut ngadu ke client kontraktor tu..kasi dia kena black list..xde lg dapat job kt memana  ...

Yg i pernah borak...biasa cleaner ni x tau nk ngadu kt sape... Opis finance pn die x tau..sbb die berurusan dgn main con die  .
Quote hyie 3-7-2019 01:36 PM
meols suka bergosip dengan acik2 cleaner diorang ni jujur n hati bersih...dan tak diskriminasi kadang2...orang kerja berpangkat banyak yang bermuka2...meols rengsa sket
Quote matchstick 3-7-2019 01:37 PM
nt naik gaji sampai rm1500 engineer pulak merungut sbb gaji sama dgn cleaner.
kan atok dh kata tak guna gaji naik sbb bila gaji naik harga barang pun naik.
Quote palmolive 3-7-2019 01:38 PM
pichee replied at 3-7-2019 01:34 PM
Yg i pernah borak...biasa cleaner ni x tau nk ngadu kt sape... Opis finance pn die x tau..sbb die  ...

suruh dia ckp kt PIC yg kt client opis tu...duit dh bayar tp contractor tak bayar staff..apa cerr
Quote pokaibanktokyo 3-7-2019 02:29 PM
Boleh caya ka cerita warganet
Quote slavehunter 3-7-2019 02:34 PM
RatuDunia94 replied at 3-7-2019 12:26 PM
Ala korang kalau nampak cleaner kat mana2 especially tmpt kerja korang tu.. hulur2 la sikit kalau ra ...

Aku selau bagi....berenti R&r bagi....dalam mall, kat airport, bukan melayu/indon jer...indian pun bagi. Kesian kat dorang.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.155493 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top