Flakka atau nama saintifiknya alpha-pyrrolidinopentiophenone (alpha-PDP), adalah sejenis perangsang yang meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan tenaga. Flakka berada di bawah kategori dadah, dan kebanyakannya dihasilkan di China, dan dijual dengan harga purata RM20 untuk setiap dos. Dadah sintetik ini bukan sahaja bahaya kepada penggunanya, malah kepada orang lain, di samping ketagihan yang susah untuk dibuang. Dadah yang dijual dalam warna sama ada putih atau merah jambu ini berupaya memberikan perasaan euforia (lalok) yang hebat, dan turut membuatkan penggunanya memperoleh tenaga dan kekuatan luar biasa, di samping membuatkan hilangnya rasa sakit.
Antara komplikasi ataupun kesan dadah ini adalah peningkatan tekanan darah, boleh menyebabkan strok dan serangan jantung, serta tingkah laku yang sangat agresif. Terdapat sebab mengapa Flakka digelar sebagai dadah zombie. Apabila seseorang mengambil terlalu banyak dadah ini, serat otot dalam badan penggunanya akan mula menjadi lemah. Badan mereka akan mula bergerak tanpa kawalan, kadang kala kepala mereka akan jatuh ke bahu, pada waktu lain anggota badan mengeras. Flakka mengaktifkan suatu respon di dalam otak penggunanya untuk menjadi sangat ganas, menyebabkan ketakutan pada ramai orang. Buat masa ini, penggunaan dadah Flakka di Malaysia masih belum dapat dilihat dengan jelas. Mungkin sudah ada di Malaysia, mungkin tidak. Namun, harus diingatkan terutamanya kepada anak muda bahawa dadah membawa padah, apa pun jenisnya. Walaupun hanya bermula sekadar suka-suka, ketagihan dadah sangat susah untuk dibuang, dan tabiat ini kerap kali dibawa sehingga tua. - CARI |
CiliPadiSedap replied at 8-7-2019 05:41 PM
maaf sista vokuru tak de dalam video, mohon bersabar
KIM.K replied at 8-7-2019 04:57 PM
Antara taklain tak bukan pompuan berloceng @dodolgemok pengamal tegar flakka. Kelamin berubah2
dodolgemok replied at 8-7-2019 06:34 PM
Moga kaki fitnah spt kau dilaknat tuhan dan dibayar cash. Amen
dodolgemok replied at 8-7-2019 06:34 PM
Moga kaki fitnah spt kau dilaknat tuhan dan dibayar cash. Amen
KIM.K replied at 8-7-2019 07:36 PM
Kaki spin dajal macam kau tau makan gaji buta je. English edukesyen pun lembam ada hati promoter d ...
dino replied at 8-7-2019 07:42 PM
ko kena personally ke?
tp mmg kaki spin pun... klau org agama bkn main seronok die kutuk... tp se ...
MissVixen replied at 8-7-2019 05:52 PM
Yang part dia kejar kereta tu seram. Laju betul.
ADVERTISEMENT