Anak perempuan sulung Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania ini memang menjadi sebutan ramai orang kerana kecantikannya. Tak sangka, pejam celik sudah umur anak gadis ini telah menginjak 14 tahun.
Baru-baru ini, Norman Hakim ada menitipkan ucapan hari jadi yang sangat menyentuh hati kepada Marissa di laman Instagramnya.
Dengan entri ini, Norman mengimbau kembali peristiwa dia menyambut kelahiran Marissa di dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke klinik. Kalau yang tak tahu kisah ini, pada ketika itu Abby menyangka ia adalah sakit perut biasa tapi baru sahaja keluar dari perkarangan rumah sejauh 500 meter tiba-tiba Abby telah menjerit mengatakan bahawa kepala bayi sudah keluar. Norman apa lagi terus memberhentikan kereta di bahu jalan di Ukays Perdana bagi menyambut anak keduanya itu. Yang kelakarnya, setelah bersalin dan dalam perjalanan ke klinik, mereka berdua asyik tergelak kerana tak sangka perkara sebegini boleh berlaku dan menjadi pengalaman manis bagi mereka sekeluarga. Netizen yang membaca ucapan hari jadi Norman kepada Marissa ini turut mengimbau kenangan apabila mereka terbaca cerita itu di dalam berita ketika kejadian itu berlaku. Tak kurang juga yang meninggalkan ucapan selamat hari jadi kepada Marissa selain memuji kecantikan anak gadis itu. Abby Abadi dan Norman Hakim sememangnya patut bersyukur kerana walaupun mengalami kesukaran ketika melahirkan Marissa tetapi dia kini telah membesar menjadi gadis yang cantik dan pandai. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|