CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Paha Besar Lebih Baik Dari Perut Buncit!

24-9-2019 10:43 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7206| Komen: 27|Original author: Oleh: natrahn

Setiap wanita mempunyai susuk tubuh berbeza dan tidak semua gaya pemakaian sesuai dengan tubuh. Oleh itu, jom kenali tubuh anda dan cara pemakaian yang sesuai agar tampil lebih anggun.

 

1. Tubuh berbentuk lurus



  • Kurus tidak bermakna semua pakaian boleh di sarung oleh si pemakai bertubuh lurus kerana pakaian wanita kebanyakannya berbentuk langsing. 
  • Untuk memberi kesan langsing, elak pakaian ketat dan pilihlah pakaian yang bahannya mengembang seperti chiffon atau ruffle.
 

 2. Tubuh berbentuk epal




  • Lemak berkumpul di bahagian pinggul dan perut membuatkan anda sukar untuk memilih gaun kerana takut kelihatan gemuk. 
  • Jauhi pakaian spandex atau ketat dan cari jenis longgar bagi menutupi bahagian pinggang. 
  • Pilih gaun atau baju berbentuk A dan berwarna gelap agar kelihatan langsing.
 
3. Tubuh berbentuk pear

  • Bentuk tubuh begini kelihatan langsing dibahagian atas namun lebar dibahagian paha. 
  • Aksesori leher yang sesuai membantu paha anda kelihatan seimbang dengan bahagian atas.
  • Jauhi pakaian yang melekap di tubuh atau seluar ketat.
 

4. Tubuh berbentuk jam pasir. ( Tubuh dambaan wanita )

  • Tubuh seperti ini sememangnya idaman setiap wanita. Pelbagai jenis pakaian boleh dikenakan oleh mereka yang bertubuh begini. 
  • Sarungkan pakaian peplum, renda atau gaun sequin untuk kelihatan lebih seksi.
 
Namun, wanita yang memiliki tubuh seperti epal, anda perlu berwaspada!. Dalam kajian terkini yang diterbitkan oleh European Heart Journal, pengkaji telah mengkaji 2,683 wanita dalam tempoh 18 tahun. 


Ihsan : Google

Hasil kajian mendapati,
 
  • Wanita yang memilki bentuk badan seperti buah epal dengan pengumpulan lemak di perut dan kurang lemak di kaki, mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mendapat penyakit jantung berbanding wanita yang bertubuh seperti buah pear.
 
  • Pengumpulan lemak di perut sebenarnya termasuk lemak yang menyelaputi organ organ di abdomen seperti pankreas,buah pinggang dan hati. Lemak ini menyebabkan penyakit metabolisma seperti kencing manis.

 
Ihsan : Google

Ukur lilit pinggang yang besar iaitu melebihi 85 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita, menunjukkan lemak lebih banyak berkumpul pada bahagian abdomen. 

Pengkaji mencadangkan, agar wanita yang memiliki bentuk badan epal untuk mengurangkan lemak di perut dan menjadi seperti tubuh buah pear

Caranya ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula, lemak dan makanan bergoreng, tetapi lebihkan sayur serta buah-buahan. 


Kredit Foto - Health Magazine

Perkara pertama yang perlu dilakukan bagi mengurangkan lemak di perut atau mencapai berat badan ideal adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. 

Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa 'mencegah itu lebih baik daripada mengubati'. Semoga info ini bermanfaat. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-9-2019 10:53 AM
Ya...lemak kat perut ni masih ada....apa aku buat...cuba jogging. .push up...sit up...dan plank workout. ...sekarang perut ni ukur lilit 27cm....haih. ..target 26 cm cukuplah. ..nanti kurus sangat. ..

Anak aku yg umur 18 tu cabar aku untuk buang lemak perut ni..nasib seluruh family aku jenis exercise dan workout...jenis benci kan lemak dan x suka gemuk... ..boleh lah cabar mencabar. ...
Quote kikuri 24-9-2019 11:02 AM
adoiii perut sis ni pun lambat betul nak kempis... peha dengan betis dah ok... perut degil nau... sape suh suka makan benda berkarbo banyak
Quote natrahn 24-9-2019 11:14 AM
noor2 replied at 24-9-2019 10:53 AM
Ya...lemak kat perut ni masih ada....apa aku buat...cuba jogging. .push up...sit up...dan plank work ...

27 cm? haluihnya pinggang
Quote mawar_mustika 24-9-2019 11:28 AM
noor2 replied at 24-9-2019 10:53 AM
Ya...lemak kat perut ni masih ada....apa aku buat...cuba jogging. .push up...sit up...dan plank work ...

cm ke inc...halus benor klu cm huhuhu
Quote noor2 24-9-2019 11:53 AM
mawar_mustika replied at 24-9-2019 11:28 AM
cm ke inc...halus benor klu cm huhuhu

Inci.....silap...
Quote MadameOnion 24-9-2019 12:31 PM
ohmaaiiii i bentuk apple rupanya..tapi tu lah..kalau i disiplin diet ok je..ni keja melantak je..susah dibuatnya..nak excercise mmg ke lautan dalam la
Quote Yorimimiko 24-9-2019 12:58 PM
Iolls bentuk pear, mmg bahagian atas slim, perut tak buncit tp kat peha and pinggul senang betul lemak berkumpul. Baju mostly tak muat pun sbb ketat kat pinggul ni la. Sekarang ni gigih la workout utk kecikkan apa yg patut {:run
Quote haryatie 24-9-2019 01:01 PM
sekrang tengah pulun guna ni ...sit up
lemak kat perut ni..bila la nak hilang

IMG_20190924_125627.jpg

Quote RatuDunia94 24-9-2019 01:29 PM
Apa yg i perasan org lelaki kalau badan naim dia akan start kat perut dulu.. perut jd buncit.. kalau org perempuan perut x kan nampak buncit sbb bhagian tetwk dgn perut sama level kedepan.. yg nampak ketara bahagian bontot n peha jd lebor..
Quote amyza 24-9-2019 01:33 PM
noor2: Ya...lemak kat perut ni masih ada....apa aku buat...cuba jogging. .push up...sit up...dan plank workout. ...sekarang perut ni ukur lilit 27cm....haih. ...

Jelessssss lah. Mak dgn anak nampak macam kakak dgn adik je.
Quote URUHA 24-9-2019 08:08 PM
Meols badan jenis pear & kdg2 tension nak cari baju / seluar sbb selalu stuck tang bumper. Org lain beli seluar ikut saiz pinggang, meols kena ikut saiz bumper. X pasal2 tang pinggang tu longgar
Quote Miss.Rara 24-9-2019 08:25 PM
kalau pempuan selalu muncit perut kat bawah pusat..

kalau ukur pinggang yang betul ukur atas pusat ke bawah pusat ehh... hehe
Quote natrahn 24-9-2019 09:26 PM
Miss.Rara replied at 24-9-2019 08:25 PM
kalau pempuan selalu muncit perut kat bawah pusat..

kalau ukur pinggang yang betul ukur atas pusa ...

ikut pinggang kat mana..bawah pusat tu memang dah kira ukur lilit lemak hehehe (gurau)
Quote natrahn 24-9-2019 09:27 PM
URUHA replied at 24-9-2019 08:08 PM
Meols badan jenis pear & kdg2 tension nak cari baju / seluar sbb selalu stuck tang bumper. Org lain  ...

jahit sikit kat pinggang seluar tu...body perempuan macam tu lah...bentuk biola
Quote HYSB 24-9-2019 10:34 PM
URUHA replied at 24-9-2019 08:08 PM
Meols badan jenis pear & kdg2 tension nak cari baju / seluar sbb selalu stuck tang bumper. Org lain  ...

Yeee betul betul, memang jeans jenis skinny atau elestic je boleh
Quote HYSB 24-9-2019 10:35 PM
Tak tahu macam mane nak kecikkan betis dengan pehe
Asl senam je bahagia atas yang kecik sampai orang claim anorexia
Tapi peha emm
Quote niena90 25-9-2019 12:32 PM
Untung la peha besar lebih baik katanya. Kita yg bentuk epal ni jenuh la diet, cardio tp masih jelas penampakan lemak
Quote Miss.Rara 25-9-2019 12:47 PM
natrahn replied at 24-9-2019 09:26 PM
ikut pinggang kat mana..bawah pusat tu memang dah kira ukur lilit lemak hehehe (gurau)

heheheh itu laa tu lemakk lebehh... payah nak kasi flat
Quote Artemesiaa 25-9-2019 03:58 PM
Sebab perut besar lebih susah nak cari baju berbanding peha besar

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top