Selepas kontroversi berlian palsu pengasas kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Vida selesai kelmarin, dilaporkan beliau bersetuju untuk mengganti barang kemas berlian asli bernilai RM80,000 kepada penyanyi Aishah.
Memetik Malaysia Gazette, hal tersebut perlu dilakukan sebelum 17 Julai ini. Menurut peguam kepada Aishah, Mazniza Mohd Kamil, Vida telah menentukan sebuah kedai emas di Bangsar bagi memberi hak sepenuhnya kepada Aishah untuk memilih berlian itu. Selain itu, Vida turut akan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas pada atau sebelum 17 Julai nanti. “Perkataan permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan ketika sidang media tersebut dan Aishah tidak perlu berada bersama ketika itu.
“Pada masa sama, Datuk Vida perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguam cara Aishah pada atau sebelum 7 Julai ini,” katanya. Difahamkan, menurut seorang lagi peguam, Mohammad Izwan Azmi, Aishah telah pun memilih dua butir emas berlian asli selepas proses mediasi berakhir pada Isnin lalu. Namun, ia masih belum diterima kerana pihak Vida belum lagi membuat pembayaran. - CARI |
Buritan replied at 3-7-2019 06:50 PM
Vida kalah laa yee.. ok
Buritan replied at 3-7-2019 06:50 PM
Vida kalah laa yee.. ok
tukul replied at 3-7-2019 07:03 PM
Bkn kalah... biasa dalam mediasi akan win win situation....x sape kalah x sape menang...semua bali ...
dino replied at 3-7-2019 06:53 PM
bisnes pun down dah
overclaim sgt..,
munchkin: Tulah ko letakkan harga pada barang lagi. Kenapa kak aishah tak ambil emas harga rm80k. Ada jugak nilai. Barang permata jugak diambilnya. Hmmm
Buritan replied at 3-7-2019 07:20 PM
Mksd cmn tuu.. tak pahem
ADVERTISEMENT