|
Apabila berkumpul dengan kawan-kawan, mestilah seronok kan. Kalau bersembang, sampai tak ingat dunia. Kemudian, ada sahaja benda pelik-pelik yang nak dilakukan bersama. Zaman dah maju pula, pasti nak kongsi di media sosial. Kononnya bangga dengan keakraban mereka itu.
Sama juga seperti sekumpulan sahabat ini yang memuat naik video mereka bermain satu permainan. Memang seronok melihat mereka bergembira, tetapi netizen membangkitkan bahawa tempat itu tidak sesuai. Sekumpulan gadis ini dilihat seperti membaling bola halimunan antara satu sama lain dengan gaya tersendiri.
Yang menjadi perdebatan netizen adalah mereka bermain di dalam surau di mana mereka semua jemaah sepatutnya menghormati kesucian rumah Allah itu. |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.201529 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.