CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lake MacDonnell, Tasik Merah Jambu Indah Yang Boleh Ubah Warna Ikut Keadaan!

5-7-2019 11:22 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7250| Komen: 15|Original author: Oleh: nameera

Di sebuah kawasan terpencil di Australia Selatan terdapat tarikan menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Tempat itu dikenali sebagai Lake MacDonnell

Apa yang istimewa tentang tasik ini adalah pemandangan indah bewarna merah jambu yang sangat nyata.


Kredit Foto: behance.net

Gambaran atau foto Lake MacDonnell juga bukanlah disunting dari aplikasi, tetapi ia adalah benar dan keindahan berwarna merah jambu itu adalah kejadian semula jadi.

Untuk itu, jom layan gambar keindahan tasik ini sambil mengetahui lima fakta menarik tentangnya.

 

1. Terletak jauh dari pusat bandar dan sangat tenang


Kredit Foto: instagram.com/elyshaelysha

Untuk pergi ke Lake MacDonnell, adalah disyorkan untuk menggunakan penerbangan tempatan dari Adelaide ke Ceduna. Selepas menempuh jarak 860 kilometer (km) selama satu jam setengah, anda masih memerlukan perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke lokasi tasik MacDonnelll. 

Pelancong biasanya menyewa van untuk mendapatkan suasana yang lebih istimewa sambil meneroka Lake MacDonnell.


2. Warna merah jambu cantik menghiasi tasik


Kredit Foto: instagram.com/marklawson85

Anda tidak salah lihat. Tasik ini memang berwarna merah jambu yang ceria. Tasik ini memiliki warna seperti ini kerana mengandungi kadar garam yang sangat tinggi di dalamnya sehingga membuat alga (rumpai air) tumbuh dengan subur dan akhirnya memberi warna merah jambu pada air tasik. 

Tempat ini adalah bekas penambakan garam yang tidak lagi digunakan.


3. Warna air boleh berubah mengikut keadaan





Kredit Foto: Google

Perubahan warna merah jambu adalah perkara biasa di tasik ini kerana iklim memberi kesan kepada perkembangan alga. Penggredan warna yang tercipta  biasanya berwarna merah jambu yang kadangkala kelihatan seperti dusty pink atau pink jingga.


4. Bersebelahan pantai terkenal di Australia


Kredit Foto: instagram.com/elyshaelysha

Salah satu pantai popular di Australia berada berdekatan Lake MacDonnell, iaitu Cactus Beach! Andainya sudah puas berjalan-jalan dan bermain air di pinggir Lake MacDonnell, anda boleh terus ke Cactus Beach, yang jaraknya hanya 5 km saja jauhnya.


5. Spot foto menarik yang tidak boleh dilepaskan



Kredit Foto: instagram.com/paskhae

Salah satu perkara wajib perlu dilakukan adalah menyimpan keindahan Lake MacDonnell dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Foto akan semakin lebih menarik ketika diambil dari jarak jauh dengan dron atau boleh juga mengambil gambar keindahan air bewarna pink dari jarak dekat. Keduanya sama-sama eye catchy!


Kredit Foto: instagram.com/polla.0820/

Indah bukan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • orkid_amani


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-7-2019 11:27 AM
Cantik tapi perjalanan yang amat jauh untuk sampai tapi kalau ada masa apa salahnya kalau nak kesana
Quote puanbintang 5-7-2019 11:37 AM
indah sungguh kejadiannya
Quote chicozinn 5-7-2019 12:00 PM
insha Allah 1 hari nnti akan ku jejak kaki ke negara kangaroo ni..
Quote LadyCarefree 5-7-2019 01:55 PM
Hauknya BI penulis tu
Quote RatuDunia94 5-7-2019 09:26 PM
Sampai situ bergambar2 pastu????
Quote moonbug 6-7-2019 09:12 PM
Cantik sangat tapi perjalanan ke sana pun boleh tahan. Kat Iran pun ada tasik pink ni, Shiraz rasanya
Quote videcloset 9-7-2019 04:46 PM
Bestnyaaa {:childlike
Quote applenpuff 9-7-2019 06:04 PM
Cantik nya
Quote kaklong32 10-7-2019 11:58 AM
cantikkknyaaa
Quote kelam22 10-7-2019 03:31 PM
jauh nya nak sampai. tapi berbaloi kalau cantik dia sama dalam gambar.
Quote teddykuning86 2-8-2019 04:08 PM
Subhanallah... Cantiknya...
Quote ain.nadhirah017 3-8-2019 02:24 AM
Mahsallah cantik!!
Quote kualibesi 9-8-2019 03:25 PM
cantik nya kejadian tuhan
Quote Combi_ 9-8-2019 08:02 PM
Subhanallah.. cantik sgt. Harap dpt sampai nanti

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086180 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top