CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Yana Samsudin Kata Jangan Cium Mulut Anak - Eh! Macam Nasihat Artis Yang Itu Ke?

10-7-2019 01:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11705| Komen: 42|Original author: Oleh: Shimmer Shine


"Mulut adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh,
 dicium dan dipegang sesuka hati oleh orang lain, 
walaupun ayah dan ibu sendiri."

Itu nasihat Yana Samsudin kepada ibu bapa di luar. Menegaskan aksi cium bibir ini bukan budaya kita dan ajaran Islam, Yana menjelaskan perbuatan anaknya Aisy Mateen,3 adalah di luar jangkaanya walaupun telah dipesan sebelum ini. 

Aisy Mateen yang tiba-tiba mencium bibirnya ketika mereka sedang menonton televisyen, sedangkan dia sudah melarang perbuatan itu sebelum ini. Lalu Yana sekali lagi menasihati anaknya bahawa bibir adalah bahagian sulit yang perlu dijaga. Tiada siapa yang dibenarkan untuk menyentuh bahagian sensitif itu.


Kredit foto: IG
Pelakon yang kini giat menjadi pengacara itu berkata ibu bapa tidak sepatutnya membenarkan perbuatan itu. Maklumlah isu berkaitan pendidikan seksualiti perlu disemai sejak anak kecil supaya mereka memahami perkara yang dilarang.

Sebagai ibu, Yana berkata, dia risau sekiranya perbuatan itu dilakukan anaknya terhadap orang lain yang mungkin menimbulkan salah faham. Kebersihan dan imunisasi memang diterapkan dalam pembelajaran kepada anak, tetapi dalam masa sama turut menerapkan pendidikan seksual.

"Semalam, Mateen tiba-tiba mencium bibir saya ketika sedang bersiaran secara langsung menerusi Instagram. 
Saya terkejut, tidak tahu siapa yang ajar dia berbuat demikian."

"Saya beritahu dia, boleh cium, tetapi hanya di pipi dan dahi, bukan bibir. Kalau ada orang lain buat, halang mereka atau jerit kuat-kuat.
"Perbuatan itu salah. Saya risau sangat jika tidak dilarang, apabila bersekolah nanti, tiba-tiba dia mencium kawannya atas alasan sayang,"

                                                                     

Menceritakan pengalamannya ketika membesarkan Mateen pada usia setahun, ada seorang lelaki yang tidak dikenali datang berbual-bual dengannya lalu menceritakan yang dirinya tidak mempunyai anak. Kemudian lelaki tersebut memberikan seringgit kepada Mateen lalu melarikan diri. Dalam masa seketika Yana merasakan anaknya dicabul oleh pedofilia. Dengan segera dia menyapu bibir anaknya.

"Pengalaman kedua juga mengerikan. Ketika majlis jamuan di kalangan artis. 
Seorang lelaki mengagah Mateen kemudian terus mencium mulutnya lalu melarikan diri. 
Dah la bau rokok."

Kejadian tersebut membuatkan Yana fobia hingga lebih berhati-hati selepas kejadian itu. Dalam pada itu, Yana turut menyelar perbuatan ayah mencium mulut anaknya, tidak kira lelaki atau perempuan kerana itu bukan adab kita walau tidak bernafsu.

"Mak pun tak boleh kiss anaknya di bibir. Nabi Muhammad pun tak ajar mencium di bibir. 
Sebab tu dah ada garis panduan yang boleh dan tak boleh," jelasnya lagi.


Nampaknya, ia seakan berturutan selepas kejadian Norman mencium bibir anak perempuannya Danisha. Jadi, jelas sudah Yana menerapkan nilai-nilai murni yang betul kepada anaknya. Jadi, sama-samalah kita bermuhasabah. - CARI 
.

1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 10-7-2019 02:25 PM
I setuju dgn yana
{:good
Quote enot_sibudak 10-7-2019 02:47 PM
Ramai ja artis cenggitu.......
Quote Acikgomen 10-7-2019 03:34 PM
Yebi yabadi taknak merempan kerrr
Quote mizruncing 10-7-2019 03:47 PM
pelik gak norman buat anak cenggitu. nampak dah alim dah. tp takkan bab tu tak tau. siap bangga upload kt alam maya
Quote sapeka 10-7-2019 04:16 PM
ntah pelik2 lah
motip nak cium kat mulut nape?
mulut isteri ko tak cukup ke?
tanye je...
Quote uori 10-7-2019 04:17 PM
wah!! kena sediakan popcorn nihhh
Quote Beautifulliar. 10-7-2019 04:21 PM
Org lain meols boleh hadam lagi tp tu si tok vida serius meols geli sheols duk cium2 mulut si cikbi tu. Wlpon kjp2 tp eihhh geli tau dgn mulut kau bibir tebal sebeban gitu lipstik berlengas duk cium2 plk bibir cikbie gitu konon anak manja mama. Setiap kali bidio mesti gitu. Sudahnye meols blok geli tau asik kuar kt timeline meols
Quote Carcosa 10-7-2019 04:56 PM
Meols baru keluar guaaaa {:dot Siapa cium molot siapaaaaaa? {:cryrun
Quote cupu 10-7-2019 06:15 PM
Aku pun br tgk ig norman yg anak dia kiss mulut tu...aiseh...wlupun ramai kaki kipas aku tetap xsetuju..xmanis la...

Kes sm blaku dkt kwn aku.anak dia manja gila ngan bapak..umur nak masuk 20an nk mkn suap2 ngan ayah..nk panjat blkg ayah..kwn aku dh tegur tp xjalan..dia dh xsekolah sbb dulu2 selalu sawan..pastu ayah dia hntr dok umh nenek..kat sana knl sorang jantan..mmg jns penyakit manja..dh xdpt manja ngan ayah jd masalah plk dok bmanja ngan jantan tu..nk mengikut jantan tu kemana sj.sampai bgaduh2 org tua konon kwn aku dan bomohkan jantan tu spy kawen ngan anak dia...aku geleng kepala follow kes ni..terlajak manja pun blh jd masalah..
Quote nia_salina 10-7-2019 06:20 PM
dd pun cium mulut mak dia .penah tgk yg rancangan dia pg kem apa tu yg masuk tv tu.pada iols kiss gitu bukan french kissing pun.beckham pun krna kecam kiss mulut anak dia
Quote haruslah 10-7-2019 06:43 PM
Iols x suka org yg share cerita kat socmed

Then ujung2 "share/sebarkan lah kpd yg lain....."
Quote Sazida 10-7-2019 08:08 PM
Smlm i g aeon setiawangsa, keluar Watsons tu tgk ade sorang bapak yg penyayang tgh sedap peluk ank perempuan dia which is ank dia tu facing bpk dia n lentokkan kelapa kt dada bpk dia. bila aku dh jauh sikit baru diorang xberpeluk tu pun aku perati je sepanjang aku bjln melepasi dorang. Agk2 lahh nk bermanja pun, xmanis org tgk wlpn ank beranak.
Quote bintangterang 10-7-2019 08:32 PM
kena ada batas jgk ayah dgn ank pompuan.kita tgk yg rapat sgt pun rasa seriau
Quote door_pintu 10-7-2019 08:45 PM
xleh ehhh... huhu iols dh biasa dr anak boy aiols baby cium mulut dia. bukan cium nafsu pun just sikit je. kena berubahlah lepas ni erk...
Quote Cari-Azza 10-7-2019 08:56 PM
Sazida replied at 10-7-2019 08:08 PM
Smlm i g aeon setiawangsa, keluar Watsons tu tgk ade sorang bapak yg penyayang tgh sedap peluk ank p ...

umur bape anak dia?

Quote Sazida 10-7-2019 10:46 PM
Cari-Azza replied at 10-7-2019 08:56 PM
umur bape anak dia?

Sy rasa dlm lingkungan 16-19 mcm tu. Yg confirm nya mmg dh ank dara. Bapak dia siap belai2 lagi sambil goyang2 kiri kanan. Ishh sekali tgk mmg serius nmpk mcm org tgh hangat bercinta. Cmtulah lebih kurang gayanya.
Quote Sazida 10-7-2019 10:48 PM
bintangterang replied at 10-7-2019 08:32 PM
kena ada batas jgk ayah dgn ank pompuan.kita tgk yg rapat sgt pun rasa seriau

Betul tu. Mmg kena ada batas., lagi2 kalau ank tu dah dara sunti..,
Quote barfi 10-7-2019 10:51 PM
Sazida replied at 10-7-2019 10:46 PM
Sy rasa dlm lingkungan 16-19 mcm tu. Yg confirm nya mmg dh ank dara. Bapak dia siap belai2 lagi sa ...

Entah2 memang laki bini kot. Atau skandal ke. Tak logik la bapak buat camtu kat anak publicly pulak tu
Quote clarizsa 10-7-2019 11:54 PM
Bukan takat cium, i kalau tgk budak umur lebih 6 tahun dok atas riba mana2 saudara lelaki atau lelaki asing pun i rengsa syak bukan2
Tambah2 jenis x reti diam dok henjut2 pulak
ishh

Buruknya pemikiran mgkin hasil trauma kenangan hitam sndri kot
Tapi ntahlah
Baik cegahla dpd terlambat menyesal pun tak guna

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044671 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top