Dengan kemajuan media sosial sekarang ini, banyak kelebihannya boleh dimanfaatkan. Antaranya, mudah untuk berhubung dan mengenali lebih banyak lagi sisi dunia. Sekarang ini ramai yang menjadikan influencer sebagai idola walaupun mereka kadang-kadang dilihat 'tak betul' pun perlakuan mereka dan tidak boleh dijadikan contoh baik untuk anak-anak sekarang.
Seperti seorang Instafamous ini yang selamba sahaja menjawab soalan yang diutarakan pengikutnya tanpa memikirkan sensitiviti jawapan yang diberikan. Kononnya melawak, tapi salah konteksnya! Walaupun dia menyatakan bahawa dia sekadar bergurau, tetapi 'rogol' itu adalah suatu perkara yang sangat sensitif dan tidak boleh dibuat main seperti itu.
Apabila ada pengguna lain yang menegur gadis itu tentang kekhilafannya, dia malah marah kembali terhadap teguran itu. Kebanyakan netizen juga menyelar gadis ini kerana menganggap dia bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu kesan dan akiabtnya selain membuat lawak tak kena gaya. Ada juga yang mengecam 'harap muka sahaja lawa tapi tak cerdik'. |
KIM.K replied at 6-7-2019 11:38 AM
Whoareyuss..otak tak empuk dek
ADVERTISEMENT