CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Malu Saya Sebab Saya Pun Dalam Industri Ni" - Editor TV Pun Muak Dengan Storyline Drama Melayu

5-7-2019 11:43 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 33308| Komen: 246|Original author: Oleh: Cari-Suzy

Beberapa hari yang lalu berakhirlah episod drama yang mendebarkan dan menyayat hati dibintangi pelakon drama hebat Janna Nick, Syafiq Kyle dan artis popular dari seberang yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Baim Wong. Drama yang diarahkan oleh Ejump Mohd ini mengisahkan hubungan dua darjat dan konflik di antara Riana lakonan Janna Nick, Tengku Isma lakonan Syafiq Kyle dan Arjuna lakonan Baim Wong menjadikan plot ini begitu mendebarkan dan dinantikan oleh penonton pada setiap hari. 

Walaupun telah tamat, drama yang mengisi slot Akasia TV3 itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada orang ramai kerana memaparkan babak-babak yang tidak wajar ditonjolkan  seperti tindakan seorang isteri yang menderhaka kepada suami. Menurut netizen, lakonan watak utama ini akan menyebabkan ramai orang terikut-ikut dengan sikap isteri yang tidak menghormati suami. 


Malahan ada juga netizen yang mengaitkan kes rogol kanak-kanak 12 tahun dan 4 tahun yang mengejutkan negara baru-baru ini antara contoh kesan buruk aksi drama kepada penonton. Menurut mereka, setiap perilaku yang ditonton boleh mengundang peniruan kepada sesiapa sahaja tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. 

Tambahan pula, rata-rata netizen semakin bosan dengan jalan cerita drama Melayu yang mempunyai unsur kurafat dan jauh terpesong dari realiti. Bukan sahaja netizen yang muak dengan jalan cerita ini, editor televisyen yang melakukan proses suntingan untuk tayangan tv juga berasakan para produser hanya ingin mengaut keuntungan dan  wang ringgit tanpa memikirkan kesannya kepada psikologi penonton. 
Sumber: Facebook

Mungkin ada benarnya apa yang disuarakan oleh netizen ini. Plot penceritaan drama Melayu sering dikaitkan dengan keganasan rumahtangga dan plot pericntaan dua darjat yang berulang-ulang. Mungkin pengarah dan penerbit boleh tingkatkan daya imaginasi dan menghasilkan karya yang lebih asli dan menjadi lebih kreatif, apa pendapat anda? - CARI 

3

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lina21 5-7-2019 12:04 PM
sampai bang jamil mampus pun pusing2 drama melayu akan lebih kurang sama citer dia...

jadi stoplah buat adaptasi novel ataupun skrip kawen paksa utk drama tempatan
Quote lina21 5-7-2019 12:09 PM
iols nak demand producer drama melayu ni ubah plak trend drama

buat la drama pasal teaM kerja mcm citer omputih ...hongkong tu ker

contohnya buat pasal team polis..unit jenayah berat bahagian forensik ker...lepas tu akan link dgn pasukan bomba dan staff forensik hospital...kisahkan pasal cabaran kerja dorang dlm satu pasukan dan konflik2 yg menarik...sesambil selit2 kisah kasih sayang dgn cinta sikit2....boleh tak pembuat drama malaysia??
Quote lebahberachun 5-7-2019 12:16 PM
tp bila pengarah buat ending yg tak kena selera ngan tekak kau bising plak! semua benda kau nak happy ending!
Quote lebahberachun 5-7-2019 12:17 PM
btw kalau korang nk tgk drama melayu berkualiti boleh tgk drama2 VIU original series yach!
Quote C1k_J4h 5-7-2019 12:18 PM
baik layan drama korea
lg bagus
Quote Kurex 5-7-2019 12:24 PM
Sepatutnya editor tu bersuara masa tengah bersiaran.. Dah habis baru nak bising. Start tahun 2011 aku dah tak tengok drama bersiri melayu
Quote aura77 5-7-2019 12:28 PM
C1k_J4h replied at 5-7-2019 12:18 PM
baik layan drama korea
lg bagus

Kannn.. Wlp pn Kdg2 tk masuk akal gak
Quote RumiMenari 5-7-2019 12:30 PM
lina21 replied at 5-7-2019 12:09 PM
iols nak demand producer drama melayu ni ubah plak trend drama

buat la drama pasal teaM kerja mcm ...

Tok usop dh buat gerak gerak gerak khassssss....

Drpd zaman i sekolah smpi dh brenti keje jd housewife... dengan dialog mcm nak bg ceramah minggu keselamatan & kesihatanm..
Quote c===8 5-7-2019 12:30 PM
nasib baik la drama sampah kawen paksa takde dlm netfilx
Quote lina21 5-7-2019 12:33 PM
RumiMenari replied at 5-7-2019 12:30 PM
Tok usop dh buat gerak gerak gerak khassssss....

Drpd zaman i sekolah smpi dh brenti keje jd h ...

Jgn la buat ala2 gerak khas...Tu edisi skema Sgt...yg polis bhgn forensic gi kj pakai baju biasa je...kj dorang siasat org yg dah mati...bukan polis yg pakai uniform tu
Quote RumiMenari 5-7-2019 12:49 PM
Cerita kawen paksa yg i suka :

1) nur kasih : wlpun kene paksa tp masing2 ada sisi survival..nur amina yg teraniaya berusaha smbung belajar, keje, cekal hidup sendirian dlm bygan adam.. adam yg menganiaya pulak sangkut dgn dosa2 silam, x tenang & berusaha dpt ketenangan semula

2) tak ingat cerita apa

3) takde kot



Quote imanda 5-7-2019 12:52 PM
cite korea xhbs2 psl kehidupan semula bla bla bla.. hehhh sgt
drama waktu maghrib xyah buat dah. buat je rancangan agama sesuai sb time org nk solat.
Quote RumiMenari 5-7-2019 12:59 PM
lina21 replied at 5-7-2019 12:33 PM
Jgn la buat ala2 gerak khas...Tu edisi skema Sgt...yg polis bhgn forensic gi kj pakai baju biasa j ...

Owhhh ala2 csi...

Pelakon yg boleh menjiwai watak dan raut muka cm "budak sains" mcm bront agak mahal kot utk dibayar hikhik... dpt kat pelakon favorite astro/tv3 mcm syafiq, sukri, asyraf muslim.... hmmmm tp xtao la..kot diorg boleh bawak sbb x dpt naskhah cmtu kan..bias gk la kl nk nafikan..hehe
Quote LadyCarefree 5-7-2019 01:22 PM
C1k_J4h: baik layan drama korealg bagus


Hehe nk tngok scene bogel dn ngeseks lettewww
Quote Fly_over 5-7-2019 01:26 PM
C1k_J4h replied at 5-7-2019 12:18 PM
baik layan drama korea
lg bagus

Korea ni walau salu kne kutuk hakikatnya dorg punya jauh bgus dr drama, movie kite. Meols salu tgk tvn movie. Hero movie biasa nya xensem. Jnji jln cite ada qualiti yg bagus khuensss..
Quote biozipstar 5-7-2019 01:38 PM
sampai ke sudah takkan berubah cerita dia sbb mmg centuuuu aje lahhh
Quote MatDeghem 5-7-2019 01:42 PM
Bak kata Bang Bil (legend Meletop)..... whats wrong dgn mak mak / bapak bapak malaysia. ????

Semua drama masaalah nya timbul kerana hero/heroine di paksa kawin pilihan mereka



OT... musical megalawak ...modal lawak tiada lain hanya sex. Tikar & suat khabar pun di jadikan bahan tuju pada sex. Itu aje akal melayu.  





Quote FY08 5-7-2019 01:47 PM
Tp ada golongn yg cair dgn drama kawen paksa ni... jd producer mmg bt la drama mcmni... sbb paling sng nk tarik pnonton... bosan... lm dh xbc nbl slain nvl RAM.. yg tu ja yg bes.. nvl lain mrapu tp top selling bagai
Quote pilot 5-7-2019 01:53 PM
lina21 replied at 5-7-2019 12:04 PM
sampai bang jamil mampus pun pusing2 drama melayu akan lebih kurang sama citer dia...

jadi stop ...

kan...cite antara 2 darjat ni dari zaman tv takde kaler lagi...

lps satu2 drama sambung lagi laki kaya ppuan miskin, datok datin bisnes juta2...

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.210100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top