|
Di hari Jumaat yang penuh keberkatan, orang ramai berebut-rebut mendapatkan pahala. Tapi tak kurang juga warga IG yang berebut-rebut inginkan perhatian dengan memuat naik pelbagai jenis foto.
Seperti biasa, Dato Aliff yang sememangnya terkenal dengan hobinya memuat naik foto barang-barang miliknya berserta harga, kali ini sekali lagi mencetuskan kontroversi. Dato Aliff memang seorang yang sukakan fesyen dan itu sememangnya umum mengetahui. Kalau sebelum ini, Dato Aliff berkongsi gambar beg dan jam tangan. Tetapi kali ini, dia berkongsi pula gambar sehelai seluar dalam miliknya. Kononnya, pakaian dalam jenama Versace itu berjaya dibelinya hasil perniagaan, lalu foto dimuat naik sebagai salah satu taktik pemasaran.
Hasil perkongsiannya kali ini benar-benar mengejutkan dan mengundang pelbagai komen dari netizen. Ada juga rakan artis yang meninggalkan komen. Kakaknya yang lebih dikenali dengan nama Yati, turut memarahi perbuatan adiknya itu di IG. Yati, sebelum ini, pernah menyatakan dia tidak bersetuju dengan cara pemasaran adiknya. Macam-macamlah Dato Aliff ni. Harap-harap selepas ini, tiada lagi foto-foto merepek yang dimuat naik. - CARI |





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.311978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.