|
Ramai netizen cuba untuk melindungi aktor kesayangan mereka itu dan menuduh Raja Yunika sekadar mengambil peluang untuk mendapatkan perhatian media dengan isu-isu panas yang tengah melanda Aliff Aziz. Terbaru Raja Yunika berang dengan tindakan Aliff Aziz yang menafikan telah mencuri wang ketika pertemuan awal bulan lalu. Raja Yunika juga mencabar Aliff untuk membuat saman fitnah sekiranya semua itu hanya dakwaan palsu semata-mata.
"Berani kerana benar dan takut kerana salah! Kalau memang kamu berasa benar, kenapa harus sekat saya. "Kesabaran saya sudah habis! Ayuh saman saya balik. Jangan berani hanya dengan perempuan lah bro. "Sekarang baru saya tahu kamu bukan lelaki sejati. Kamu hanya berani bersembunyi di sebalik ketiak mereka yang bersembunyi di balik kata-kata," tulisnya di instagram. Beliau kemudian mendapat bantuan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq yang memberi nasihat sehingga kes itu mendapat perhatian polis Singapura. - CARI |



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.393109 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.